Sihat

Gabungan 2 Bahan Paling Senang Ini Boleh Keluarkan Angin Dalam Badan Non-Stop!

2
SHARES
banyak angin dalam badan

“Rasanya banyak angin dalam badan aku ni, rasa berat dan lemau je..Tak selesa betul!”

Mempunyai banyak angin dalam badan sememangnya akan membuatkan kita rasa tidak selesa. Kadang-kadang rasa sesak di dada, rasa nak termuntah dan ada juga mengalami pening-pening. Penat juga makan ubat kerana angin tersebut akan datang semula dan cara pemakanan pun kena pantang. Apa kata kita cuba petua tradisional pula untuk keluarkan semua angin ini? Jom!

Baca juga: 7 Pilihan Buah Untuk Pesakit Kencing Manis, Kurang Kandungan Gula Tapi Manis Di Tekak

BANYAK ANGIN DALAM BADAN? CUBA AMAL PETUA INI

banyak angin dalam badan

Ini petua paling ringkas kalau korang nak buang angin dalam badan. Alhamdulillah ramai yang serasi. Kak Ya nie kan memang tak boleh salah makan skit. Mulalah badan ni tak selesa. Angin tersekat sekat dan rasa sakit je badan. Tapi Kak Ya tak berapa suka susu, jarang minum susu. 

Petua INI yang biasa amalkan adik beradik kak ya. Memang serasi dengan mereka. Jom kita tengok petua simple dan paling mudah ini .

Bahan-bahannya:

-Susu kotak ( brand apa pun boleh )

– Halia ( besar ibu jari ) lebih kurang 3-4cm

-Halia ini ikut ketahanan tekak , kalau nak kaw dan pedas masuk banyak sikit . Kalau setakat 3-4cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.

Cara-caranya:

1.Hiris halia nipis-nipis.

2.Reneh dengan susu hingga mendidih (api perlahan) Sedia untuk minum.

banyak angin dalam badan

*Seelok-eloknya minum ketika susu masih suam, kesannya akan serta merta. Minum bila-bila masa sahaja jika perlu, atau 2-3 kali seminggu. Petua simple je tapi kesannya sangat best, lega rasa badan dan angin keluar menderu terus.

Baca juga: Amalkan Minum Herba Cina Ini Kalau Ada Masalah Mata Rabun & Silau, Ala-Ala Laici Kang!

Sumber: Leha Yusuf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×