Perasan atau tidak, sekarang merupakan ‘musim’ ramai orang jatuh sakit seperti mengalami demam, selesema dan batuk. Jadi, perlindungan diri perlu ditingkatkan terutama sekali untuk anak batuk berkahak kerana selelaunya akan berlarutan selama berbulan-bulan.
Salah satu petua yang dikongsikan oleh Dr.Mazliana Mazlan di laman Instagramnnya adalah dengan menggunakan lemon dan bawang putih diletakkan dalam stokin, dan dipakai semalaman.
Baca juga: 3 Cara Elak Karang Gigi ‘Berkampung’ Dalam Mulut, Tak Menjadi Kalau Berus Sahaja…
ANAK BATUK BERKAHAK? HILANGKAN DENGAN GUNA LEMON GARLIC SOCKS
Mak-mak memang kena kerja keras sikit bila anak batuk kan? Nak hilangkan kahak degil tu bukan senang. Kita nak anak sembuh sepenuhnya. Taknak dah baik batuk harini, tapi minggu depan datang balik kahaknya.
Anda semua boleh try lemon garlic socks macam ni ok. Kalau anak serasi, memang sekejap je kahak mencair. Untuk baby pun sesuai. Tapi buat patch test dulu ok. Apa yang anda perlu lakukan hanya:
-Cari stokin untuk orang dewasa pakai atau untuk kanak-kanak
-Sepotong buah lemon
-Bawang putih beberapa ulas. Ketuk sikit
-Balut dalam tisu dan masukkan dalam stokin
Berdasarkan komen orang ramai, mereka telah mencuba cara ini dan menjadi! Ada yang memakai stokin ini ketika tidur semalaman dan ada juga memakainya ketika pergi ke kerja. Untuk kanak-kanak pula, boleh dipakaikan seharian ketika mereka berada di taska dan juga semalaman ketika tidur.
*Selamat mencuba!
Baca juga: Petua Turunkan Suhu Demam Tanpa Ubat, Hanya Campur 2 Bahan Dapur Ini & Minum!
Sumber: Mazliana Mazlan