Sihat

Orang Ada HIV Boleh Berkahwin Dan Lahirkan Anak Negatif HIV? Ini Pakar Jawab..

12
SHARES
ujian saringan hiv

Melakukan ujian saringan HIV merupakan keperluan yang perlu dilaksanakan oleh setiap pasangan yang bakal berkahwin. Namun, kita tidak tahu kisah silam orang yang mungkin mempunyai pengalaman gelap dan telah menghidap penyakit HIV yang sering dipandang serong.

Lantas mereka tertanya, adakah mereka boleh berkahwin? Boleh melahirkan anak? Jadi berikut merupakan perkongsian kisah dari Dr. Nimelesh bersama pesakitnya dan informasi bahawa pesakit HIV masih boleh berkahwin dan melahirkan anak.

Baca juga: Rancang Kahwin Tahun Depan? Nah, Ini Tarikh Cantik 2024 Untuk Bakal Pengantin Pilih!

UJIAN SARINGAN HIV, DOKTOR KONGSI KISAH

ujian saringan hiv

Doktor: Selamat pagi , Encik A. Silakan duduk. Nama saya Dr Nimelesh. Saya merupakan Doktor in charge klinik ni. Nurse saya hantar encik ke bilik saya untuk pemeriksaan lanjut sebab Encik sangkut saringan HIV pra perkahwinan. Pernah tak Encik membuat sebarang ujian hiv sebelum ni?

Pesakit: “Tidak, Doktor. Saya tak tahu pun saya ni ada HIV” jawab pesakit tersebut.

Doktor: Maaf kalau soalan yang saya akan tujukan ini adalah sensitif. Saya perlu bertanya soalan ini sebab ia akan membantu diagnosis dan rawatan encik. Pernah tak Encik melakukan seks sebelum ini?

Pesakit: “Pernah Doktor . Sejak umur 16 tahun”.

Doktor: Seks dengan seorang atau pesangan berubah ubah? Dan ada tak encik guna sebarang perlindungan seperti kondom?

Pesakit: “Saya tak pernah guna kondom Doktor. Beberapa Doktor. Tapi dah putus hubungan dah”.

Doktor: Sudah kah Encik memberitahu tunang Encik tentang keputusan hiv Encik?

Pesakit: “Sudah Doktor”.

Doktor: Boleh saya panggil dia masuk untuk terangkan situasi?

Pesakit: “Boleh Doktor”.*silakan masuk Cik B*

Doktor: Hi selamat pagi Cik B. Nama saya Dr Nimelesh. Saya difahamkan Cik sudah tahu keputusan saringan pra perkahwinan.

Pesakit: “Ye Doktor”. Jawab gadis tersebut.

Doktor: Cik , Jangan risau. Pertama, ini hanyalah saringan pertama. Kami perlu pastikan tunang Cik betul betul ada hiv atau tidak dengan ujian darah dulu. Kedua, Penghidap hiv boleh berkahwin, tiada masalah.

Kami kena periksa dulu jumlah virus dalam darah tunang Cik. Bukannya hubungan seks dilarang sama sekali sekiranya anda berdua sudah berkahwin.

Tapi amat penting untuk cik mengambil ubat PrEP (ubat untuk mencegah HIV) dan menggunakan kondom supaya risiko transmisi hiv dan penyakit kelamin dikurangkan, sementara tunang Encik mulakan rawatan.Kondom sepatutnya dipakai setiap kali semasa melakukan seks.

WANITA YANG HIV POSITIF ATAU NEGATIF BOLEH LAHIRKAN ANAK HIV NEGATIF

ujian saringan hiv

Seorang wanita yang hiv positif atau negatif boleh melahirkan anak yang hiv negatif juga. Adalah lebih baik sekiranya wanita yang hiv negatif cuba hamil setelah suami nya yang hiv positif telah mulakan rawatan dan berjaya mengurangkan paras hiv sehingga “undetected”.

Sama juga dengan wanita yang hiv positif. Mereka sepatutnya mulakan rawatan dulu untuk mengurangkan paras hiv atau viral load sehingga undetected sebelum ingin cuba mengandung.

Antara cara cara termasuk:

– Pengambilan PrEP semasa tempoh kesuburan – seks tanpa kondom dibuat hanya masa itu sahaja ( kadar kelahiran hiv positif bayi 0.001 dalam 10000 kehamilan)

– Pengambilan PrEP (kadar kelahiran hiv positif bayi 0.005 dalam 10000 kehamilan)

– Lakukan hubungan semasa tempoh kesuburan (kadar kelahiran hiv positif bayi 0.002 dalam 10000 kehamilan)

– Medically Associated Procreation : contoh IVF, IUI – prosedur yang biasanya dilakukan dengan sperm washing (Kadar kelahiran hiv positif bayi hampir 0 dalam 10000 kehamilan)

Paling penting untuk anda tahu adalah:

– Penghidap HIV boleh hidup , berkahwin dan mendapat anak seperti orang lain

– Sekiranya suami hiv positif, langkah langkah kena diambil seperti Ubat PrEP (pencegah hiv) dan kondom

Klinik Kesihatan menyediakan perkhidmatan “pre pregnancy care”. Anda diminta mendapat khidmat nasihat sebelum cubaan ingin mengandung sama ada di Klinik Kesihatan , Klinik ID atau Klinik Pakar O&G.

Pesakit HIV positif yang mengandung patut buka buku pink seawal yang mungkin, dan perlu di bawah jagaan Dr Pakar O&G , Dr Pakar ID dan Dr Pakar Perubatan Keluarga. Anak tersebut pulak perlu di bawah jagaan Dr Pakar Kanak Kanak selepas lahir.

HIV tidak boleh berjangkit melalui pelukan, ciuman, pegang tangan dan sebagainya. Sebab virus hiv tidak boleh hidup lama di luar badan. Antara cara hiv disebar adalah melalui cecair badan semasa hubungan seks tanpa perlindungan (semen, vaginal fluid), kongsi jarum antara penagih dadah yang salah seorang positif hiv atau staf kesihatan yang needle prick dengan pesakit hiv positif , ibu hiv positif yang breastfeed, transfusi darah, transmisi dari ibu ke anak semasa kehamilan.

*HIV bukan masalah satu golongan populasi sahaja. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira apa pekerjaan anda ,atau orientasi anda. Jadi kita semua memainkan PERANAN untuk mencegah dan membasmikan HIV/AIDS.

Baca juga: 11 Asas Permohonan Kebenaran Nikah Anda Kena Tahu, Jangan Lambat Nanti Tak Boleh Kahwin

Sumber: Twitter @DrNimelesh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×