40 Minggu

Ibu Yang Tergolong Dalam 7 Kategori Ini Kena Buat Ujian Minum Air Gula Semasa Hamil

2
SHARES
minum air gula

Pengambilan air gula semasa hamil merupakan antara proses yang ‘digeruni’ oleh ibu-ibu. Mana tidaknya, nak minum air gula yang betul-betul manis ini secara rela memang tidak kena dengan tekak semua orang. Tetapi, demi prosedur yang juga dikenali sebagai Ujian Toleransi Glukosa (GTT) ini dilakukan untuk mendiagnosis penyakit diabetes semasa hamil, terpaksalah direlakan jua.

Menjadi persoalan ibu-ibu khususnya yang pertama kali berhadapan dengan proses ini pastinya tertanya-tanya adakah semua ibu hamil perlu mengambil Ujian Glukosa ini?

Baca juga: Kahwin Dengan Sepupu Berisiko Dapat Anak Lambat Perkembangan, Ini Hasil Kajian!

IBU DALAM 7 KATEGORI INI KENA MINUM AIR GULA KETIKA HAMIL

minum air gula

Wanita hamil biasanya akan mengambil ujian glukosa atau ujian minum air gula antara minggu 24 dan minggu 28 kehamilan. Ujian air gula ini merupakan cara terbaik untuk memeriksa sama ada si ibu menghidap kencing manis atau tidak semasa mengandung.

Hal ini kerana, menurut kajian terdapat peratusan sebanyak 10% ibu hamil menghidap diabetes. Penghasilan insulin yang terlampau sedikit akan menyebabkan si ibu tidak mendapat tenaga yang mereka perlukan dan boleh membawa masalah kesihatan. Jadi, prosedur minum air gula ini disarankan kepada wanita hamil dalam kategori ini:

-Obesiti (BMI lebih daripada 30)

-Berusia 25 tahun dan ke atas

-Ada sejarah penyakit kencing manis

-Ada ahli keluarga menghidap diabetes

-Pernah hamil bayi bersaiz besar

-Pernah mengalami keguguran janin

-Pernah mengalami kematian janin

Selepas melakukan ujian glukosa ini, terdapat tiga keputusan yang anda kena perhatikan untuk mengetahui paras gula dalam badan sihat atau tidak.

1.Paras gula dalam darah anda adalah normal jika ia berada di bawah 140mg/dL.

2.Paras gula darah anda adalah tinggi jika ia adalah antara 140 mg/dL dan 189 mg/dL. Jadi doktor akan meminta anda mengambil ujian toleransi glukosa setiap 2 jam.

3.Anda akan didiagnosis dengan diabetes semasa mengandung jika meningkat ke 190 mg/dL atau ke atas.

Adakah Minuman Glukosa Selamat Semasa Mengandung?

minum air gula

Untuk kebanyakan, ya. Penting untuk anda melaporkan masalah jika mempunyai alergik dan sensitiviti terhadap bahan dalam minuman dengan doktor sebelum menjalani ujian anda.

*Selamat minum air gula!

Baca juga: 7 Cara Untuk Mommy ‘Push’ Dengan Betul Ketika Bersalin Untuk Elak Terkoyak Besar!

Sumber: MiracleCord.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×