40 Minggu

Bentuk Perut Mama Ketika Hamil Lebih Kecil Dari Orang Lain, Normal Atau Pelik?

8
SHARES
bentuk perut hamil

Sebaik sahaja perut kehamilan anda sudah kelihatan, pasti anda akan mempunyai pendapat berbeza tentang saiz bayi anda. Kadang-kadang rasa perut sendiri kecil dan melihat perut ibu lain sedikit besar dan tertanya-tanya, normal kah bentuk perut hamil ku ini?

Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menjadikan perut si ibu kelihatan lebih kecil bahkan ada juga yang menjadi lebih besar. Jangan risau, semua ini tidak semestinya menandakan bahawa kandungan anda tersebut mempunyai masalah!

Baca juga: Cara Nak Bezakan Darah Haid Atau Darah Keguguran, Kena Tahu Supaya Tak Menyesal!

BENTUK PERUT HAMIL NAMPAK KECIL, KENAPA YA?

bentuk perut hamil

1.Ketinggian

Jika anda lebih tinggi, bayi dalam kandungan mempunyai ruang yang lebih besar daripada anda yang sedikit kecil dan rendah. Rahim anda akan cenderung membesar ke atas dan bukannya menolak ke luar, menyebabkan perut kelihatan lebih kecil. Jika anda lebih rendah, hanya terdapat sedikit ruang, yang bermakna kurang ruang untuk bayi membesar, jadi mereka membesar ke luar.

2.Pertama kali jadi ibu

Jika ini merupakan anak pertama (seronoknya!) anda berkemungkinan akan mengalami bentuk perut yang lebih padat kerana otot perut belum regang. Jika ia bukan kehamilan yang pertama anda mungkin perasan perut kelihatan lebih besar. Ini tidak bermakna bayi anda mempunyai saiz yang berbeza di setiap kehamilan.

3.Posisi bayi

Si kecil sering bergerak dan menukar kedudukan di dalam rahim. Oleh itu apabila ia membesar, perut anda akan berubah bentuk dan saiz bergantung pada kedudukan bayi anda. Kalau tidak buas dan tertib sahaja kedudukannya, perut mesti akan kelihatan lebih kecil.

4.Kandungan padat

Kadang-kadang kita pun terlupa bahawa bukan sahaja bayi anda sahaja ada di dalam perut malah – bayi anda, plasenta, tali pusat dan cecair amniotik. Dan kemudian terdapat seluruh organ anda yang perlu dimuatkan di sana di suatu tempat juga! Jadi, bila semuanya berada di kedudukan yang padat, perut pun akan nampak lebih kecil.

5.Genetik saiz bayi

Jelas sekali saiz bayi sebenar mempengaruhi saiz dan rupa perut semasa kehamilan anda! Bukan itu sahaja, saiz bayi yang kecil pada mana-mana peringkat semasa kehamilan adalah bergantung kepada genetik. Jika kedua-dua ibu bapa tinggi, maka bayi mungkin akan mempunyai sifat yang sama. Jika kedua-duanya bersaiz sederhana, bayi lebih berkemungkinan kecil molek dan tidak terlalu panjang.

bentuk perut hamil

*Jadi, jangan cemburu pula kalau melihat ibu lain mempunyai saiz perut yang lebih besar. Bila perut sedikit kecil ini, anda ada kelebihan untuk bergerak dengan lebih pantas!

Baca juga: Lenguh Bila Hamil Asyik Tidur Mengiring Ke Kiri, Bahaya Ke Kalau Mengiring Ke Kanan Pula?

Sumber: BellyBelly, C&GBabyClub

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×