40 Minggu

Asyik Tergaru-Garu 24 Jam NON-STOP, Rupanya Ini Sebab Perut Selalu Gatal Ketika Hamil

7
SHARES
perut gatal ketika hamil

Kerengsaan atau kegatalan pada kulit adalah masalah biasa bagi kebanyakan ibu hamil yang cenderung muncul pada bulan kelima atau keenam kehamilan. Namun, makin besar perut, makinlah kelihatan garisan kemerah-merahan dan makin rasa gatal. Apa yang menyebabkan perut gatal ketika hamil ni ya?

Berikut merupakan antara punca kepada kegatalan ini yang menyebabkan anda tergaru-garu selama 24 jam tanpa henti. Rimas juga!

Baca juga: UPT Dua Garis, Tapi Langsung TIADA Tanda Macam Hamil, Normal Ke?

APA YANG MENYEBABKAN PERUT GATAL KETIKA HAMIL?

perut gatal ketika hamil

Apabila kulit mengembang,  kelembapan pun akan berkurangan dan inilah masanya kulit kering cenderung berasa gatal dan tidak selesa. Bukan sahaja perut, bahagian punggung pun mungkin gatal-gatal tau!

1.Regangan kulit

Agak menakjubkan sejauh mana kulit pada perut anda akan meregang apabila anda mencapai tempoh penuh kehamilan. Malah, anda mungkin mula perasan jaluran merah atau merah jambu berkembang di perut apabila kulit anda meregang untuk menampung rahim yang semakin membesar. Stretch mark juga biasanya ada pada payudara, peha, dan punggung semasa hamil.

2.Pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy (PUPPP)

Sering dipanggil ruam kehamilan, PUPPP ini akan menyebabkan benjolan merah kecil dan gatal-gatal berkembang pada kulit anda pada bulan-bulan akhir kehamilan. Benjolan ini boleh terjadinya tompok atau plak pada perut anda yang sangat gatal. Plak juga boleh merebak di atas paha dan bahagian punggung.

3.Kulit kering

Kulit kering juga merupakan punca biasa menjadikan kulit gatal di mana-mana sahaja bahagian badan, termasuk perut anda yang sedang membesar. Ramai orang hamil mengalami kulit kering akibat perubahan hormon yang menyebabkan kulit kehilangan sedikit kelembapan dan keanjalan. Anda juga mungkin melihat beberapa pengelupasan kulit juga.

Apa yang boleh anda lakukan untuk atasi perut gatal semasa mengandung?

perut gatal ketika hamil

Nasib baik, terdapat beberapa cara untuk mencari kelegaan untuk gatal-gatal ini. Antaranya adalah:

-Jangan menggaru. Walaupun tersangatlah gatal, menggaru ini akan meninggalkan parut pada kulit anda dan hanya akan menyebabkan lebih banyak kerengsaan.

-Guna pelembap atau moisturizer yang sesuai. Pelembap yang ringan, lembut, bebas pewangi boleh membendung kegatalan buat sementara waktu dan gunakannya dengan kerap.

-Sapukan pada minyak vitamin E. Untuk pengetahuan anda, minyak vitamin E sangat menyembuhkan dan bagus untuk puting sakit selepas mengandung juga.

-Gunakan air purifier atau air humidifier dalam bilik untuk tujuan melembapkan udara. Ia mungkin membantu mengelakkan kulit anda daripada kering, tetapi teruskan dengan berhati-hati, kerana ia juga boleh merebakkan kuman dan mencetuskan alahan jika digunakan secara tidak betul.

-Pakar sering mencadangkan untuk menggunakan produk yang mengandungi oatmeal ke dalam tab mandi dicampurkan dengan air suam seperti strategi sama untuk merawat ekzema. Ia mungkin membantu menghilangkan gatal-gatal yang disebabkan oleh kehamilan anda juga. Masukkan oat ke dalam air yang mengalir, kemudian rendam bdan selama 10 hingga 15 minit.

*Di sebalik semua kegatalan ini, berita baiknya, ramai dalam kalangan ibu hamil akan hilang gatal sebaik sahaja tamat proses kehamilan nanti. Gatal ini tak mengapa, jangan gatal lain ya…

Sumber: Healthland, WhatToExpect

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×