Seorang bapa meluahkan rasa terkejut, setelah mengetahui punca kulit gatal yang menyebabkan anaknya sering mengggaru disebabkan alergi terhadap kuda.
Kisah yang mendapat 1 ribu tweet semula dan 3.5 ribu tanda suka itu telah dikongsikan sendiri bapa tersebut yang dikenali sebagai Aqil Junaidi di laman X.
PUNCA KULIT GATAL MENGGARU RUPANYA ANAK ALAH KUDA

Gambar: X – @aqiljunaidi_
Menurutnya, berita tersebut merupakan pertama kali berlaku pada orang di sekelilingnya. Dan tidak sangka orang yang menghadapi alahan terhadap kuda itu adalah anak perempuannya sendiri.
“Siapa sangka anak aku alergi dengan kuda. Aku sendiri pun pertama kali dengan ada orang alah kuda hahaha. Dan orang itu anak aku sendiri,” ciapnya.
Keputusan untuk melakukan ujian alergi (allergy test) pada si anak dibuat melalui kesepakatan bersama isteri, yang kasihan melihat anak kesayangan mereka kerap menggaru kegatalan dan tidak menemui puncanya.
“Kami sendiri pun dah petak cari apa punca. Rupa-rupanya inilah antara punca-puncanya.
Kebanyakan nama pelik-pelik itu pepijat dan hama. Udang ketam aiyo. Seafood isk isk. Kucing pun level 4 tu. Tok nenek kedua-dua belah membela kucing pula haha,” ciapnya lanjut.
Baca juga: Anak 7 Tahun Tak Faham Kenapa Kena Solat, Ini Penjelasan Mudah Mama Papa Boleh Beritahu!
Setelah melakukan ujian tersebut, pasangan suami isteri itu menzahirkan rasa bersyukur kerana akhirnya mengetahui punca kegatalan yang dialami oleh anak mereka.
“Tapi apa pun, Alhamdulillah bila tahu anak kami ini alah dengan apa bolehlah kami fokus elakkan punca-punca ini.
“Sesiapa yang ada bajet lebih sikit bolehlah buat test alergi ini, kami buat ini RM599. Result katanya dalam 2 minggu tapi lepas 2 hingga 3 hari macam itu result sampai dah.
“Ada juga yang RM399, cuma yang itu tak berapa banyak lah itemnya,” dedahnya yang melakukan ujian tersebut di Klinik Anda, Seri Iskandar.
Proses ujian alergi
Di ruangan komen pula, Aqil Junaidi telah menerima pelbagai soalan daripada warga maya yang tertarik untuk mengetahui tentang allergy test. Antaranya, proses melakukan ujian alahan.
Pertamanya, anda perlu mencari klinik yang menyediakan servis ujian alahan. Setelah tiba di klinik, darah akan diambil.
Akhir sekali, tunggu keputusan keluar pada tempoh yang telah dimaklumkan oleh pihak klinik.
Sumber: X – @aqiljunaidi_
FT Image: jcomp