Asuh

Bayi Meragam Lepas Minum Susu Formula? Ini Sebabnya & 5 Jenis Susu Tanpa Laktosa!

1
SHARES
bayi alergi susu formula

Pernah tak apabila bayi anda diberikan susu formula, kemudian si manja menangis meragam atau cirit-birit. Ini berkemungkinan bayi alergi susu formula yang mengandungi laktosa.

Hal ini kerana, terdapat bayi yang alah dengan laktosa. Di mana, dia tidak dapat mencerna laktosa dengan baik sehingga meragam sedemikian. Justeru itu, ibu bapa mari ketahui apa itu laktosa dan 5 jenis susu tanpa laktosa yang boleh diberikan kepada bayi anda.

Baca juga: Jangan Abai Pendidikan Untuk Anak Istimewa, Bangga & Teruskan Usaha Besarkan Mereka Jadi Terbaik!

BAYI ALERGI SUSU FORMULA BERLAKTOSA

bayi alergi susu formula

APA ITU LAKTOSA?

Melalui sumber Motherhood, laktosa adalah sejenis gula yang terdapat dalam produk tenusu yang sukar untuk dicerna bagi sesetengah orang. Susu lembu tanpa laktosa pula adalah produk tenusu yang ada enzim laktase, yang boleh membantu memecahkan laktosa.

Jadi, ibu bapa tak perlu risau apabila hendak menggunakan susu bebas laktosa kerana ia mempunyai rasa yang sama, tekstur dan kandungan nutrisi yang sama bagusnya untuk si manja.

Pemberian susu tanpa laktosa merupakan jalan alternatif buat si manja bagi mengelakkan masalah kesihatan yang tidak diingini. Hal ini kerana, bayi yang alah laktosa akan memberi tanda seperti berikut:

  • meragam atau menangis
  • cirit-birit, muntah atau sakit perut

KOMPONEN NUTRIENT UTAMA DALAM SUSU IBU & FORMULA BAYI BERASASKAN LEMBU

Umum perlu mengetahui, terdapat komponen nutrien utama dalam susu ibu dan formula bayi berasaskan susu lembu seperti dinyatakan oleh Doktor Bridget Young, seorang Penolong Profesor Alergi Pediatrik dan Imunologi di Sekolah Perubatan dan Pergigian Universiti Rochester:

  • KARBOHIDRAT – Laktosa adalah karbohidrat utama dalam susu ibu dan kebanyakan formula berasaskan susu lembu. Walau bagaimanapun, selalunya terdapat karbohidrat lain yang digunakan dalam formula bayi berasaskan susu lembu.
  • PROTEIN – Protein dalam kedua-dua susu ibu dan formula bayi berasaskan susu ialah whey dan kasein.
  • LEMAK – Biasanya, ini adalah campuran minyak sayuran yang membekalkan nutrisi yang serupa dengan asid lemak palmitik, oleik, linoleik dan linolenik dalam susu ibu.
  • VITAMIN & MINERALZat besi adalah salah satu mineral penting dalam formula bayi kerana ia menghalang anemia. Terdapat juga banyak vitamin dan mineral lain dalam formula bayi, seperti kalsium dan asid folik.

DUA KEADAAN MENYEBABKAN BAYI TIDAK DAPAT MENCERNA LAKTOSA

Berikut adalah beberapa keadaan yang menyebabkan bayi tidak dapat mencerna laktosa:

  1. KEKURANGAN LAKTASE KONGENITAL – Walaupun bayi biasanya tidak mempunyai jenis intoleransi laktosa yang sama seperti kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih tua, terdapat penyakit genetik yang sangat jarang disebut. Ia dipanggil sebagai kekurangan laktase kongenital yang menyebabkan mereka tidak dapat mencerna laktosa.
  2. GALACTOSEMIA – Satu lagi keadaan genetik yang jarang disebut yang menyebabkan bayi tidak boleh mencerna laktosa.

Dalam sebuah kajian Akademi Pediatrik Amerika (APP), hanya bayi dengan alergi protein susu lembu atau galactosemia akan memerlukan formula laktosa bebas.

Ada segelintir bayi mempunyai galactosemia tidak tahan dengan galaktosa iaitu gula yang menjadikan laktosa. Jadi, ini sangat membahayakan kesihatan bayi. Jika diteruskan memberi susu yang tidak boleh diterima badan, bayi mungkin akan lebih sakit.

Selalunya akan ada ujian darah bagi bayi yang baru lahir di hospital, biasanya untuk menguji galactosemia dan akan dinasihatkan oleh doktor tentang cara untuk merawatnya.

Bayi yang mempunyai alergi susu akan menunjukkan gejala seperti:

  • Kolik
  • Kegagalan untuk berkembang dan membesar
  • Cirit-birit berdarah

5 JENIS SUSU TANPA LAKTOSA

1. ISOMIL PLUS

bayi alergi susu formula

Si manja berusia 1 tahun ke atas yang mengalami cirit-birit dan alahan protein susu lembu sesuai diberikan susu ini.

  • Formula bayi berasaskan soya.
  • Sesuai kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas.
  • Mesra vegetarian dan halal.
  • Kaya dengan nutrien seperti DHA, AA, FOS dan Lutein untuk perkembangan bayi.

2. DUMEX DUPRO LACTOSE FREE

bayi alergi susu formula

  • Dicipta khas untuk bayi yang tidak mempunyai daya toleransi terhadap laktosa.
  • Mengandungi lima zat penting yang diperlukan bayi: protein, DHA, vitamin A, karbohidrat serta kalsium yang tinggi.

3. KARIHOME INFANT FORMULA

bayi alergi susu formula

  • Telah diformulasikan dengan menggunakan susu kambing.
  • Sangat senang cerna.
  • Kandungan laktosa kurang daripada susu lembu.
  • Sesuai diambil buat bayi yang mempunyai intoleransi laktosa yang sederhana.

4. NESTLE NANHA TAHAP 1

bayi alergi susu formula

  • Merupakan formula susu lembu buatan Switzerland premium yang direka untuk membantu alahan bayi.
  • Mudah dicerna.
  • Bersifat hipoalergenik.
  • Dapat membantu bayi yang terdedah kepada alahan dan sensitiviti.

Sekiranya ibu atau ayah memang mempunyai alahan atau ‘lactose intolerant’, boleh bersiap sedia untuk membeli susu yang bersesuaian kerana kemungkinan besar ia boleh terjadi kepada si manja anda juga.

5. FORMULA BAYI EQUIFINA ORGANIK BELLAMY

bayi alergi susu formula

  • Sesuai untuk bayi yang baru lahir atau berumur 0-12 bulan.
  • Membantu sistem pencernaan dan menyerap secara lembut bagi mengurangkan refluks asid.
  • Diperbuat daripada susu lembu organik yang diperakui oleh NASAA.
  • Dihasilkan mengikut piawaian makanan Australia yang ketat.

Sumber: Motherhood / Milk Drunk

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×