Sekarang ini, sudah menjadi amalan orang ramai pada bulan Ramadan, yang memilih untuk menjaga kesihatan tubuh badan melalui diet. Nak amalkan diet bulan puasa bukanlah mudah kerana kuantiti makanannya yang sedikit dan perlu berlapar sepanjang hari sehingga waktu berbuka.
Disebabkan itu, anda perlu mengetahui beberapa sumber makanan diet yang boleh membantu anda kenyang lama dan kekal bertenaga biarpun sedang berpuasa. Tips ini telah dikongsikan oleh Puan Wawa Shauqi, yang baru sahaja habis pantang selama 44 hari dan masih menjaga pemakanan untuk bayinya yang menyusu badan.
Baca juga: Ada Bunyi Kentut Dari Miss V, Tapi Tak Berbau? Ketahui Apa Itu Kentut Faraj!
DIET BULAN PUASA BOLEH KENYANG LAMA!
Kebetulan, hari ini adalah hari ke 44 saya berpatang. Maknanya, kebetulan puasa hari pertama esok (khamis), saya officially habis pantang.
Nervous juga. Sebab bayi masih bergantung penuh pada susu badan. Bermakna, apa yang saya makan, perlu cukup untuk saya bertahan. Dalam masa yang sama, bayi dapat nutrisi yang cukup.
Stok EBM tinggal sikit. Susu formula pun anak tak nak. Saya buat carian sikit di Google, apa diet yang boleh bantu kenyang lama. Applicable untuk semua yang berpuasa esok ye!
SUMBER DIET UNTUK BANTU KENYANG LAMA
1. MINUM BANYAK AIR PUTIH
Minum air putih kerap sewaktu berbuka.
2. ELAK KOPI, TEH & MAKANAN TINGGI GARAM
Elak kopi dan teh serta makanan tinggi garam kerana ia bersifat diuretik. Nanti haus dan cepat penat sebab ia flush out air dari badan.
3. AMALKAN DIET SEIMBANG
Balance diet. Seimbang. Pilih makanan yang ada kesemua nutrisi yang diperlukan badan. Karbohidrat, protein, vitamins, fibre.
4. BANYAKKAN PENGAMBILAN PROTEIN
Makanan berprotein antaranya adalah telur, daging, ikan, susu, yogurt, kekacang asli dan lain-lain. Dekat Malaysia ni, nasi adalah makanan utama. Jadi ramai yang terlepas pandang untuk ambil protein yang cukup.
Protein buat kita kenyang lebih lama, sebab ia dicerna lebih perlahan. Malah ia bekalkan manfaat pada otot, tisu badan dan menyokong sistem imun.
Sebaliknya, kita makan nasi banyak-banyak dengan niat nak kenyang lama. Rupanya, lebihan karbo yang tak diguna akan bertukar jadi gula. Sedangkan protein yang berlebihan akan terus diguna oleh sel atau tisu badan.
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana ia akan buat kita cepat sangat lapar. Makanan yang kita sangka bagus, tapi sebenarnya penuh gula seperti protein shakes, cereal, biskut, yogurt berperisa, granola bars dan banyak lagi.
6. AMBIL DIET BERSESUAIAN DENGAN TAHAP KESIHATAN
Ambil diet yag sesuai dengan tahap kesihatan. Kalau ada masalah lactose intolerance, elak susu. Kalau ada masalah kolesterol, elak daging merah dan sebagainya.
7. AMBIL BUAH DAN SAYURAN
Buah dan sayur jangan dilupa. Ramai missed makan buah dan sayur masa bukak puasa. Dua makanan ini akan bantu kekalkan sistem pencernaan yang sihat dan penyerapan nutrisi yang baik.
Jangan lupa untuk mengikut sunnah, sahur lambat sikit. Waktu sebelum subuh tu. Semoga bermanfaat. Selamat menjalani ibadah puasa.
Sumber: Wawa Shauqi