Asuh

Para Ibu Jangan Lupa Pam Susu Bila Raya, Takut Nanti…

94
SHARES

Lebih kurang seminggu lagi kita bakal menyambut lebaran, sudah pasti keterujaan yang dipendam selama hampir 2 tahun ini akibat Covid-19 membuatkan orang ramai tidak sabar untuk menyambutnya dengan beberapa kelonggaran yang dibenarkan oleh kerajaan.

Sudah pasti, para ibu yang mempunyai anak menyusu badan turut sama menantikannya. Melalui perkongsian oleh Kaunselor Laktasi, ibu menyusu bakal mengalami risiko seperti bengkak susu ketika beraya jika terlupa untuk memerah atau mengepam susu.

Baca juga: Selepas Bercerai, Perbelanjaan Raya Anak Tanggungjawab Siapa? Ini Jawapannya..

PARA IBU JANGAN LUPA PAM SUSU BILA RAYA, TAKUT NANTI…

Mak menyusu bersedia dengan perkara tak terjangka.

Aura mak-mak nak balik beraya kali ni luar biasa. Pasti teruja nak jumpa sanak saudara dan menjamu juadah di hari raya pertama nanti.

Makan sedap, happy tak terkata. Eh tiba-tiba susu meriah luar biasa. Siapa pernah alami?

Tak salah kalau ibu-ibu buat sedikit persiapan terutama ibu-ibu bekerja yang bakal kembali bekerja nanti.

ANTARA PERALATAN PENYUSUAN YANG BOLEH DIBAWA BALIK KE KAMPUNG IALAH:

Gambar hiasan – HelloDoktor

1. Pam susu

2. Cooler bag / cooler box

3. Ice pack yang mencukupi

4. Storage bottle / storage bag

5. Nursing cover / baju menyusu

Jika ada keperluan, ibu boleh memerah. Maklumlah dah sehari suntuk beraya dan menjamu selera, susu penuh tak terkata.

Jika bayi tak nak menyusu, memerahlah. Jika pam tertinggal, mahirkan diri dengan teknik marmet.

Jangan jadikan alasan penat beraya sampai ibu tak keluarkan susu dengan baik. Jika bayi nak menyusu, alhamdulillah teruskan macam biasa.

Jika bayi menolak, pastikan ibu-ibu kena keluarkan susu pada waktu sepatutnya. Supaya hormon FIL (feedback inhibitor lactation) tak menyerang.

Nanti susu merudum pula habis raya. Sedih teramat nanti. Selamat pulang berhari raya dan berhati-hati ya semua.

VIDEO PENUH:

Sumber: Facebook Nad Masrom

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×