Asuh

Selepas Bercerai, Perbelanjaan Raya Anak Tanggungjawab Siapa? Ini Jawapannya..

34
SHARES

Sebuah institusi kekeluargaan yang telah mengalami fasa penceraian, sudah pasti menghadapi satu isu yang barangkali pasangan itu kurang jelas akan tanggungjawab yang perlu dilakukan terutamanya tentang pemberian nafkah perbelanjaan raya anak.

Menurut Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam Fahmi Ramli, perbelanjaan nafkah bulanan dan nafkah perayaan anak merupakan nafkah berasingan yang menjadi tanggungjawab bapa. Mari baca perkongsian beliau untuk memahami dengan lebih jelas.

Baca juga: ‘Toilet Tak Tutup Pun Jadi Punca Gaduh’- Ini 9 Kesalahan Bila Suami Isteri Sedang Berbincang

SELEPAS BERCERAI, PERBELANJAAN RAYA ANAK TANGGUNGJAWAB SIAPA? INI JAWAPANNYA..

SIAPA PERLU BERTANGGUNGJAWAB PERBELANJAAN HARI RAYA ANAK

Hari raya bakal menjelang tiba, semestinya kita semua akan sibuk membuat persediaan bagi menyambut hari raya kan. Bila tiba je hari raya mulalah pelbagai soalan yang akan timbul.

Persoalan yang sering berlegar berkaitan isu Nafkah Anak bagi Hari Raya adalah tanggungjawab siapa ibu atau bapa? “Pada siapa harus kutagih nafkah anak ini?” Malah, isu Nafkah ini memang tak akan pernah selesai. Setiap tahun pasti akan ada isu yang sama.

Biasanya seorang lelaki yang pernah bercerai akan ada anak. Dan pastinya, nafkah anak masih perlu ditanggung oleh lelaki tersebut. Dan pada kebiasaan juga, seorang lelaki ini telah diperintahkan oleh Mahkamah untuk menanggung nafkah anak.

Di dalam Undang-undang tanggungjawab tersebut dinyatakan dalam seksyen 73 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam ( Negeri Kedah) 2008 yang memperuntukkan:

Kecuali jika sesuatu perjanjian atau perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seorang lelaki menanggung nafkah anak-anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain.

APA NAFKAH ANAK BAGI HARI RAYA YANG WAJIB DITANGGUNG OLEH SEORANG BAPA?

Gambar hiasan – ProductNation

1. BAJU RAYA

Bila sebut tentang pakaian Hari Raya, adalah satu kewajipan yang tidak boleh dielakkan. Bapa wajiblah sediakan pakaian hari Raya sekurang-kurangnya dua pasang untuk seorang anak. Ini adalah kewajipan seorang bapa.

Selain itu, ibu atau bapa juga perlu menetapkan bila nafkah atau pembelian barangan untuk perayaan. Biasanya waktu terbaik untuk selesaikan pembayaran adalah seminggu sebelum perayaan.

2. ZAKAT FITRAH

Zakat fitrah wajib atas semua individu dari kalangan lelaki, wanita, tua, muda hamba atau merdeka yang mempunyai lebihan atau cukup perbelanjaan sehingga hari raya. Kanak-kanak yang berusia bawah 18 tahun juga wajib membayar zakat sekiranya cukup syaratnya.

Tetapi, mampukah mereka ini untuk membayar zakat sedangkan masih kecil ataupun tidak mempunyai akal yang waras? Kerana itulah menjadi tanggungjawab untuk memastikan zakat bagi anak perlulah dipikul oleh ketua keluarga atau bapa.

3. NAFKAH HARI RAYA ASING DENGAN NAFKAH MAKAN & MINUM

Nafkah anak bagi perbelanjaan harian mahupun bulanan sememangnya adalah tanggungjawab seorang bapa. Akan tetapi, nafkah hari raya adalah nafkah yang asing dan tidak termasuk dalam nafkah perbelanjaan harian mahupun bulanan.

Jadi, seorang bapa haruslah memberi dan menyediakan nafkah yang berasingan bagi Hari Raya untuk perbelanjaan anak. Bapa perlu cakna berkaitan hal ini dan jangan ingat dan terlepas pandang bahawa jika dah bagi nafkah bulanan tidak perlu lagi bagi nafkah untuk Hari Raya

4. JUMLAH BERAPA YANG WAJAR BAGI NAFKAH ANAK BAGI PERAYAAN

Apabila berlakunya perceraian dan ibu ada membuat tuntutan nafkah anak di Mahkamah, sebelum meletakkan satu amaun yang hendak dituntut, perlu fikirkan juga soal kemampuan bapa itu terlebih dahulu.

Bapa berkewajipan memenuhi keperluan anak-anak sesuai dengan kemampuan, apatahlagi untuk memenuhi kehendak-kehendak yang diluar kemampuan.

Tiada formula spesifik yang digunakan oleh Mahkamah dalam menentukan jumlah, namun mahkamah akan membuat penilaian dari kadar nafkah yang dituntut dengan kemampuan bapa selaku pembayar.

Oleh itu, semua fakta yang menyokong mengenai mengapa nafkah itu perlu disediakan, berapa jumlahnya, mampukah bapanya untuk membayar, perlu disediakan dan dinyatakan oleh ibu dalam tuntutannya di Mahkamah.

KESIMPULANNYA…

Gambar hiasan – iStock

Perkongsian saya ini bertujuan untuk anda semua sedar, bahawa nafkah bulanan dan nafkah perayaan adalah nafkah yang berasingan. Bapa janganlah dipandang ringan isu nafkah anak, ini demi kebajikan anak-anak terjaga dan terjamin.

Sekali lagi saya katakan, tanggungjawab memberi nafkah ini kekal tanpa mengira status perkahwinan mereka walaupun selepas ibu dan ayah bercerai, sehingga anak mencapai dewasa serta mampu untuk menjaga kebajikan diri mereka sendiri.

Amanah Lelaki Sangat Berat Pada Mereka Yang Memahaminya. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kita semua dan selamat menjalani ibadah puasa.

Suhaida Mokhtar,

Peguam Syarie Fahmi Ramli & Co.

Sumber: Facebook Fahmi Ramli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×