Suami Isteri

Anak Patut Dijaga Oleh Siapa? Ini Maksud Hak Hadhanah Macam Kes Sam Bunkface

5
SHARES
maksud hadhanah

Baru-baru ini kecoh lagi dalam industri seni tanah air apabila ada pula kes mahkamah melibatkan hak penjagaan anak kepada penyanyi Sam Bunkface dan bekas isteri. Menjadi isu apabila isteri menuntut nafkah yang bernilai RM1,300 dan permintaan tersebut tidak dapat dituruti oleh Sam Bunkface yang menganggap amaun tersebut terlalu tinggi. Isu ini juga dipanggil sebagai hadhanah dan ramai tak tahu apa maksud hadhanah.

Apa yang dimaksudkan dengan hadhanah sebenarnya? Berikut merupakan penjelasan dari peguam untuk panduan anda.

APAKAH MAKSUD HADHANAH MACAM KES SAM BUNKFACE?

maksud hadhanah

Sumber: Metro tv

Tampil seorang Peguam Syarie yang dikenali sebagai Atikah di laman Twitternya menjelaskan tentang kemelut yang melanda Sam Bunkface dan membantu menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan isu Hadhanah yang berlaku.

Berdasarkan cerita Sam ni, si ibu dah tukar mastautin anak jauh dari bapa. Si ibu juga tak jaga anak tapi yang jaga nenek sebelah ibu.

Prinsip umum hak jagaan anak, anak bawah umur hak jagaan adalah pada ibu. Tapi, ibu boleh hilang kelayakan jaga anak bila tukar mastautin anak dengan senjaga untuk menjauhkan anak dengan bapanya. Apabila si ibu tak menjaga anaknya sendiri, kemungkinan berlaku kecuaian dan pengabaian terhadap kebajikan dan kemaslahatan anak tersebut kerana ibu tinggal berjauhan dengan anak.

Sepatutnya dari awal lagi Sam dapatkan perintah hak jagaan anak masa anak tersebut dijaga secara bersama dengan ibunya, Iaitu 2 minggu duduk dengan bapa, 2 minggu dengan ibu. Maksudnya dijaga secara bersama oleh ibu bapa. Tapi bila persetujuan tersebut tidak direkodkan sebagai perintah di mahkamah, jadi ibunya boleh buat ikut suka dan tiada tindakan undang-undang yang boleh dikenakan.

Apakah pengertian hadhanah?

maksud hadhanah

Hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki atau perempuan, sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas perceraian.

Apakah kelayakan bagi membolehkan seseorang diberi hak hadanah?

Kelayakan bagi membolehkan seseorang diberi hak hadanah ialah –

(a) dia seorang beragama Islam;

(b) dia seorang baligh dan sempurna akalnya;

(c) umur yang melayakkan dia memberikan kanak-kanak itu kasih sayang dan pendidikan yang sempurna;

(d) dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah. Seseorang yang terkenal dengan kefasikannya seperti penzina, pencuri, peminum arak, penjudi dan seumpamanya tidak harus mengendalikan hadanah anak-anak;

(e) dia tinggal di tempat kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani.

Sekiranya seseorang ibu hilang kelayakan hak penjagaannya, kepada siapakah hak tersebut akan berpindah mengikut susunan
keutamaan?

Dalam keadaan ibu hilang kelayakan hak penjagaannya, susunan keutamaan kepada hak penjagaan kanak-kanak adalah seperti
yang berikut:

(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas;

(b) bapa;

(c) nenek sebelah bapa hingga ke atas;

(d) kakak atau adik perempuan seibu sebapa;

(e) kakak atau adik perempuan seibu;

(f) kakak atau adik perempuan sebapa;

(g) anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu sebapa;

(h) anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan seibu;

(i) anak perempuan daripada kakak atau adik perempuan sebapa;

(j) emak saudara sebelah ibu;

(k) emak saudara sebelah bapa;

(l) waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau residuary.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SamBunkface (@sambunkface)

*Apa yang diharapkan adalah segala persengkataan antara ibu dan ayah ini tidak memberi kesan negatif kepada si anak untuk masa hadapan…

Sumber: Twitter @PeguamSyarieAtikah, JBG.gov

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×