Suami Isteri

Risau Diri Tak Laku, Rupanya Dalam Lingkungan Usia Ini Anda Dah Patut Fikir Soal Kahwin

22
SHARES
kahwin lambat

“Umur dah 32 tapi tak kahwin lagi, ada orang nak tapi tak fikir pulak soal kahwin. Risau juga orang cakap kahwin lambat…”

Isu perkahwinan sering menjadi perbualan ramai terutama dalam kalangan mak-mak serta makcik-makcik. Pulang sahaja ke kampung, pasti inilah menjadi persoalan ramai tertanya-tanya bila nak akhiri zaman bujang. Bila asyik diajukan soalan tersebut, barulah mula bertanyakan kepada diri sendiri tentang alam perkahwinan. Nak kata tak laku, ada sahaja orang yang bertanya cuma belum terfikir…

KAHWIN LAMBAT? INI CARA NAK TAHU ANDA DAH BERSEDIA ATAU TAK

kahwin lambat

Menurut kajian yang dilakukan oleh Nick Wolfinger, pakar sosiologis University of Utah, ramai dalam kalangan pasangan yang berkahwin sekitar usia 28-32 tahun menunjukkan risiko rendah untuk ‘terjebak’ ke alam penceraian. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa menunggu dalam tempoh tertentu untuk berkahwin membawa kepada hubungan perkahwinan yang stabil dan matang.

Mungkin inilah sebabnya ramai dalam zaman berteknologi tinggi ini memilih untuk mengakhiri zaman bujang pada lewat usia 20-an dan awal 30-an. Hal ini kerana pada usia sebegini, pemilihan pasangan tidak bergantung kepada nafsu ‘hormon’ malah lebih terbuka kepada faktor tanggungjawab.

1.KENALI DIRI SENDIRI 

Sebelum berkahwin, amat penting untuk anda tahu tahap kematangan diri sendiri supaya kekal tenang menempuh pelbagai cabaran.

Penting untuk anda perbaiki ‘self-esteem’ supaya tahu bahawa diri anda layak untuk mencintai dan dicintai. Tak salah untuk menetapkan aras yang tinggi dalam pemilihan pasangan kerena di sinilah anda elak orang-orang tertentu yang mudah memandang ringan terhadap sesuatu perkara.

Tak salah untuk bertanya dan memberitahu kepada pasangan perkara yang anda tidak suka untuk lakukan, sibuk atau perlukan masa supaya perkara ini tidak dibangkitan di kemudian hari. Hal ini kerana, ia dapat mencetuskan pergaduhan yang menjurus kepada perceraian.

2.DAH STABIL

Maksud stabil boleh dikaitkan dengan pelbagai perkara. Sudah tentulah stabil dari segi kewangan amat penting terutama bagi lelaki kerana perlu menyara keluarga, wanita juga harus memikirkan soal stabil ini.

Stabil dalam cara berkomunikasi dengan orang sekeliling juga memberi kesan dalam membantu anda tahu tahap kesediaan untuk hidup bersama orang baharu. Mungkin ada dalam kalangan kita yang bersikap ‘introvert’, jadi inilah masanya untuk anda ubah mengikut situasi. Takkan nak cakap sepatah-sepatah sahaja dengan suami kan?

3.DAH BERJAYA MOVE ON

Memang sedikit sukar untuk lakukan perkara ini tambahan pula apabila hubungan yang retak tersebut telah dijaga bertahun-tahun bukan? Namun, apabila anda berada di dalam fasa ‘move on’, bertemu pula dengan cinta hati baharu dan terus ‘lesap’ ingatan tentang kekasih lama, inilah pentanda bahawa diri anda dah berjaya!

Bak kata orang, ‘tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang’ pergi ke mana sahaja terbayang wajah orang sama. Itulah yang menunjukkan anda sudah mempunyai putik-putik cinta yang membawa ke alam perkahwinan. Jangan tunggu lama-lama nanti takut dikebas orang pula.

kahwin lambat

Namun, perlulah untuk anda ingat dan sedar bahawa tiada usia yang betul dan salah untuk menamatkan zaman bujang. Kematangan dalam pemikiran dan rasa bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab menjadi teras utama sebelum berkahwin dan usia hanyalah nombor semata-mata. Jodoh, ajal dan maut itu semua di tangan Allah SWT, kita hanya merancang dan berusaha…

Sumber: TIME, WikiHow

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×