Nur

Buat Anak Gadis, Pergilah Capai Cita-Citamu & Kalau Boleh Jangan Kahwin Muda Kerana…

10
SHARES
kahwin muda

Seringkali orang bercakap mengenai anak gadis yang lambat kahwin namun jarang pula orang bercakap mengenai anak gadis yang kahwin muda. Muda dalam ertinya di sini adalah dalam lingkungan usia 19-24 tahun di mana dalam fasa ini baru selesai sekolah, masih dalam fasa pengajian tinggi dan tidak mempunyai kerja tetap.

Seperti perkongsian nasihat dari wanita di laman Facebook ini, ketetapan jodoh itu sememangnya di luar kuasa kita namun kalau boleh, elakkan untuk berkahwin dalam usia muda tanpa sebarang jaminan dari segi kewangan dan kerjaya. Hal ini kerana, ramai yang fikir boleh berharap kepada suami sahaja sedangkan itu pun tiada jaminan!

Baca juga: Ketua Keluarga Wajib Sediakan Satu Fail Faraid Lengkap Dengan 7 Dokumen Ini, Senang!

BUAT ANAK GADIS, KALAU BOLEH JANGAN KAHWIN MUDA KERANA…

kahwin muda

Buat anak gadis semua, kalau boleh jangan kahwin muda. Belajar baik-baik dulu dan capai cita-cita kamu supaya dapat kerja yang baik. Kumpul wang, beli rumah, kereta, baru fikir lain-lain. Setelah itu bolehlah:

1. Cari lelaki
2. Kahwin

Ada 2 sebabnya, kalau kahwin muda, dan kamu tidak kerja. Kamu harap wang suami saja dan hidup kamu tidak banyak warna

– Jaga suami
– Jaga rumahtangga
– Jaga anak
– Masak
– Itu saja dunia kamu

Kalau kamu dapat suami baik, dan bertanggungjawab, syukur lah. Kalau kamu tidak dapat suami baik, Kamu akan menderita, Anak-anakmu juga turut menderita. Jika suami kamu ada wang, ada rumah, belum pasti dia akan bagi kamu wang dan rumah jika dia ada masalah.

Masalah lelaki ada 3. Masalah kerjanya, masalah ada perempuan simpanan dan masalah kesihatan. Jadi masalah tambahan ialah kamu tidak kerja, sebab kamu pun berharap ke lelaki saja. Jika kamu ada kerja, ada rumah, ada kereta, bila dah kahwin kamu ada 2 kebahagiaan.

-Ada suami
-Ada harta sendiri

Kalau dapat suami baik, kamu tidak akan hadapi masalah. Kalau dapat suami tak baik, kamu masih tidak hadapi masalah besar. Dan kamu tidak takut sekiranya ada masalah. Seperti suami hilang kerja, meninggal, kahwin lagi. Kamu masih boleh berdiri di kaki sendiri..

Percayalah anak gadis, menikah itu tak seindah yang kamu lihat. Kamu harus siapkan ribuan mental, apa lagi jika kamu tak biasa bekerja. Puaskan masa mudamu, dan bekerja keraslah, menabunglah untuk membiasakan hidup yang berdikari tanpa bergantung pada siapa pun.

kahwin muda

Foto: Freepik

*Jangan sampai setelah menikah ribuan penyesalan hadir di hari-harimu…

Baca juga: Jadilah Wanita Yang Tergolong Dalam 10 Kriteria Ini, Hidup Aman & Lebih ‘High Class’

Sumber: Syazwanie Winston Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×