Suami Isteri

Jangan Biasakan Tabiat Si Suami Suka Tipu Isteri, Alasan Jaga Hati Jadi Punca Rezeki Sempit!

11
SHARES
punca rezeki sempit

Sebagai seorang lelaki, menggalas tugas menjadi seorang ketua keluarga bukanlah tanggungjawab yang ringan. Bukan sahaja perlu kekal menjaga hati ibu dan bapa, malah tugas untuk menjaga isteri dan anak-anak turut perlu dilakukan dengan seimbang. Hal ini kerana, ramai dalam kalangan ketua keluarga yang tidak sedar punca rezeki sempit adalah kerana suami yang sering menipu isteri dalam hal-hal tertentu.

Mungkin akan beri alasan untuk menjaga hati namun, ketahuilah bahawa hal tersebut akan melarat dengan lebih teruk. Jom kita baca kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Don Daniyal mengenai pengalamannya menjawab persoalan dari seorang suami.

Baca juga: Bercakap Ketika Bersetubuh Dengan Pasangan, Benarkah Makruh Dalam Islam?

SUAMI JANGAN TIPU ISTERI, INI PUNCA REZEKI SEMPIT!

punca rezeki sempit

Janganlah sesekali kamu suami menipu isteri mu. Allah akan menyulitkan urusan kamu nanti, rezeki semakin sempit kerana kamu telah sakiti seorang insan yang menyayangi mu. Allah memperluaskan rezeki mu dan kebahagiaan jikala suami dapat melaksanakan dan menjaga isterinya sebaik mungkin dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang baik.

Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer..kenapa yer ustaz? Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak…

Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri. Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita..

Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya..Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita..

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena. Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..

SILATURRAHIM MEMBUKA PINTU REZEKI..

punca rezeki sempit

Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka. Silaturrahim membuka pintu rezeki…inikan bersama isteri kita yang tercinta. Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah. Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar. Bila seorang wanita mendirikan rumahtangga, perkara utama yang dicarinya ialah kebahgiaan bersama suami dan anak-anak yang bakal dilahirkan hingga akhir hayatnya. Dalam merealisasikan impiannya, wanita itu akan meletakan sepenuh kepervayaan kepada suaminya dengan harapan, suaminya akan setiadan berlaku jujur kepadanya.

Tapi langit tidak selalu cerah hingga ke petang. Kadangkala suami mudah terpedaya dengan godaan luar hingga membuatkannya melanggar janji setia kepada isterinya. Mula menipu dan tidak jujur dengan isterinya. Bila semuanya terbongkar, bagi isteri yang mudah kalah dalam peperangan emosinya, perceraian adalah jalan penyelesaiannya. Tapi bagi isteri yang kental, berfikiran waras dalam mengawal emosinya, mungkin kemaafan telah tersedia untuk si suami.

Tetapi tidak KEPERCAYAAN. Sekali ia dikhianati, ia akan hilang untuk selama-lamanya. Pada masa itu, walaupun si suami berada dalam keadaan yang benar, si isteri sukar untuk mempercayainya. Isteri akan mula ‘menyiasat’ segala gerak geri suami. Dan jika sekali lagi si suami ditangkap menipu, isteri akan berhenti ‘menyiasat’. Suami mungkin sangkakan isterinya tak marah lagi. Tapi sangkaan itu salah.

Jika berlaku situasi itu, maknanya isteri dah muak dengan tingkahlaku suami dan tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku. Apa yang terlintas di fikirannya ialah menyusun strategi bagaimana untuk mengurangkan kebergantungan terhadap suami. Dia perlu menyiapkan diri dari segi material, fizikal dan mental untuk berhadapan dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku.

*Jadi para suami yang buat salah tu, cepat-cepat minta maaf pada si isteri ya!

Baca juga: Hukum Isteri Keluar Bekerja Suami Yang Jaga Anak Di Rumah, Adakah Hilang Keberkatan?

Sumber: Viral Muafakat Johor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×