Suami Isteri

11 Asas Permohonan Kebenaran Nikah Anda Kena Tahu, Jangan Lambat Nanti Tak Boleh Kahwin

53
SHARES
permohonan kebenaran berkahwin

Nampaknya, telah masuk fasa ‘musim’ ramai dalam kalangan kita yang tengah merancang dan bakal melangsungkan majlis akad nikah dan kenduri kahwin tidak lama lagi. Tapi kena ingat bahawa perkara ini bukanlah boleh dilangsungkan dengan begitu sahaja kerana permohonan kebenaran berkahwin perlu dilakukan lebih awal.

Ramai yang masih terpinga-pinga apakah asas dan proses dari awal permohonan untuk berkahwin ini? Jangan ambil ringan tentang proses ini, risau tak boleh kahwin nanti!

Baca juga: Pengantin Lelaki Sebut ‘Aku Terima’ Sahaja Semasa Akad Nikah, Sah Atau Tak?

ASAS PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN YANG ANDA PERLU TAHU

permohonan kebenaran berkahwin

1. Anda boleh mula sediakan dokumen-dokumen penting permohonan anda dalam masa 6-3 bulan dari tarikh akad nikah yang anda rancang atau tetapkan.

2. Selesaikan dulu perkara yang akan memakan masa seperti:

a. Kursus kahwin (http://kursuskahwin.com.my)

b. Result test HIV (valid 6 bulan).

c. Wali dan dapatkan dokumen penting wali – Adakah anda ada wali? IC wali, surat nikah ibu bapa atau sijil kematian wali.

3. Dalam masa 3 bulan: Daftar dalam sistem permohonan online Jabatan Agama Islam negeri (sistem ikut negeri). Untuk kebanyakan sistem permohonan online negeri, anda “tidak boleh daftar lebih awal dari 90 hari” dari tarikh akad nikah.

Sekiranya anda daftar lebih awal dari 90 hari dari tarikh akad nikah anda dan tiada borang atau dokumen dihantar kepada PAID atau Jabatan Agama Islam Negeri – maklumat anda dalam sistem permohonan online akan luput. Jadi, kena daftar semula.

4. Anda perlu isi semua maklumat yang perlu dalam borang permohonan online dan print.

5. Pastikan anda sediakan semua dokumen yang perlu seperti yang ada dalam senarai atau checklist dalam sistem permohonan online.

6. Bawa borang beserta dokumen dan jumpa Penolong Pendaftar Nikah kariah atau Imam Jurunikah di kariah masjid anda untuk buat pengesahan.

7. Bagi negeri selain Wilayah Persekutuan (KL, Labuan dan Putrajaya), anda perlu bawa 2 orang saksi sewaktu jumpa Penolong Pendaftar Nikah kariah atau Imam Jurunikah kariah di kariah masjid anda untuk buat pengesahan.

8. Sekiranya anda dan pasangan berlainan kariah, daerah atau negeri, pemohon perempuan perlu tunggu pemohon lelaki dapatkan surat kebenaran nikah terlebih dahulu.

9. Setelah dapat pengesahan borang serta dokumen dari Penolong Pendaftar Nikah kariah atau Imam Jurunikah kariah, barulah anda dapat hantar borang serta dokumen yang telah disahkan kepada PAID atau Jabatan Agama Islam Negeri.

10. Dengan borang serta dokumen yang telah disahkan tersebut, PAID atau Jabatan Agama Islam Negeri akan keluarkan surat kebenaran berkahwin untuk anda.

11. Setelah itu, anda sudah boleh book Penolong Pendaftar Nikah kariah atau Imam Jurunikah kariah di tempat anda hendak melangsungkan majlis akad nikah nanti.

*Nota penting:

1. Setiap negeri mempunyai sedikit perbezaan proses dan prosedur permohonan kebenaran nikah.

2. Untuk test HIV, setiap klinik KKM juga mempunyai sedikit perbezaan proses atau peraturan dari segi tarikh, masa serta dokumen yang diperlukan sewaktu test HIV.

Update terbaharu- Pendaftaran Nikah Bagi Negeri:

– Selangor
– Johor
– N9
– Perlis
– Melaka
– Perlis
– Kedah
– Perak
– WPKL, Putrajaya, Labuan
– Terengganu

Boleh daftar di SPPIM.

*Bakal-bakal pengantin semua, semoga dipermudahkan segala urusan permohonan untuk berkahwin ya!

Baca juga: Cara Daftar Ibu & Anak Susuan Dalam Sistem MyRadha’ah, Elak Kahwin Saudara Susuan

Sumber: Twitter @zafranmustafa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×