Suami Isteri

Suami Je Kerja, Isteri Suri Rumah Cukup Sara Keluarga? Jangan Persoal, Lain Orang Lain Cara..

88
SHARES
tips kewangan

Sudah pelbagai jenis tips kewangan yang dikongsikan tidak kira menerusi buku atau di laman sosial yang telah dicuba namun hasilnya masih menyedihkan. Tambah pula buat pasangan yang sudah berkahwin di mana hanya suami sahaja bekerja dan isteri suri rumah sepenuh masa, ramai yang tertanya, cukup atau tidak duit?

Memang tidak dinafikan semua kos hidup semakin naik tetapi lain orang lain caranya untuk mengurus sistem kewangan mereka. Jadi, persoalan mengenai status kewangan keluarga lain sepatutnya menjadi lebih sensitif..

Baca juga: 11 Tahun Kahwin Suami Tak Mampu Beli Emas Dekat Isteri, Rezeki Tak Macam Pasangan Lain…

SUAMI JE KERJA, ISTERI TAK KERJA MAMPU KE TANGGUNG HIDUP? INI TIPS KEWANGAN KENA BUAT

tips kewangan

Seperti perkongsian dari suami yang dikenali sebagai Firdaus Shakirin ini menceritakan bahawa ada ‘mulut-mulut’ yang sering mempertikaikan kesusahan suami yang bekerja sendiri tanpa bantuan isteri.

Disebabkan kos hidup yang semakin meningkat, masih ramai yang tertanya bagaimana keluarga tersebut mengekalkan sistem kewangan ke tahap yang memuaskan tanpa hasil gaji dari isteri. Hanya suami sahaja yang menyara dari A-Z, cukup ke? Ada tips kewangan yang menarik ke?

“Isteri full time housewife? Mesti struggle kan kena kerja sorang-sorang…”

“Eh, kenapa plak nak struggle? Saya tanya orang yang kata tu…”

“Yer la, zaman sekarang kan kos hidup tinggi, nak beli itu ini, harga barang mahal…mesti la struggle nak cukupkan keperluan keluarga”

Konsepnya mudah saja, jangan pening-pening, jangan fikir teruk-teruk, jangan ada mindset kerja seorang je, mesti struggle…sebab apa? Sebab orang yang kerja seorang ni, dia dah created lifestyle ikut pendapatan dia, dia dah wujudkan cara keluarga dia “hidup” berdasarkan kemampuan dia…

Saudara ini juga berkongsikan beberapa tips kewangan yang boleh dijadikan panduan buat setiap pasangan iaitu sediakan apa yang termampu tanpa menghiraukan tahap kehidupan orang lain. Orang mungkin beranggapan bahawa hidup mereka ini sangat ‘struggle’, namun tidak seperti apa yang disangkakan.

Apa yang mampu dia sediakan, apa yang mampu dia bagi, apa yang mampu dia tunaikan. Kita orang luar, kita takkan tahu cara berbelanja orang yang hanya ada satu sumber pendapatan…kita beranggapan dia struggle sebab kita kerja laki bini pun masih tak cukup…

Lifestyle kita dengan dia tak sama…cara berbelanja, komitmen, hutang kita dengan dia pun tak sama…Nak stabilkan keluarga dengan hanya satu pendapatan ni, orang yang dah lalui akan tahu pengalaman tu…bukan senang nak seimbangkan pendapatan dengan perbelanjaan…susah tu, awal-awal ja…

Once dah dapat rentak berbelanja, dah tahu cara untuk berbelanja dengan pendapatan seorang saja, maka dah tak jadi masalah dah.. So, akhir kalam, rezeki ni luas, nikmat ni banyak…usaha mau lebih, maka insyaallah hidup tu Allah cukupkan dan mudahkan…

Jadi, jangan risau dengan kesempitan rezeki jika anda masih berusaha. Hal ini kerana, Allah SWT telah menjanjikan bahawa setiap kesulitan akan ada kemudahan. Apa yang anda boleh lakukan setelah berusaha adalah dengan mengamalkan lima doa seperti di bawah:

tips kewangan

1.Doa Pembuka Pintu Rezeki

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Allahumak-finii bi halaalika ‘an haroomik, wa agh-niniy bi fadhlika ‘amman siwaak.

Ertinya: “Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan karunia-Mu dari bergantung pada selain-Mu.” (HR. Tirmidzi).

2.Doa Melancarkan Rezeki

Allahumma yaa ghaniyyu ya hamiid yaa mubdi’u yaa mu’iid yaa rahiimu yaa waduud, aghninii bi halaalika ‘an haraamika wakfini bi fadhlika ‘amman siwaaka wa shallallahu ‘alaa muhammadin wa aalihi wa sallam.

Ertinya: “Wahai Allah, wahai Dzat Yang Maha Kaya, wahai Dzat Yang Maha Terpuji, wahai Dzat Yang memulai, wahai Dzat yang mengembalikan, wahai Dzat yang mencintai. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain Engkau semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam atas junjungan kita Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat beliau.”

3.Doa Memohon Rezeki

Allahumma antasy-syakuru alladzi alhamta ‘ibadakalhamda wasy-syukra wa qawwaitahum ‘alath-thaati wadz-dzikri, fa antasy-syakurul muhsinu bil hala’ilinni’ami bima alhamta bisy-syukri wal-ihsani, taqaddasat shifatuka bi majazit-tahlili minaththa’ati bi jazilittafadhdhuli walhasanati wa raf’il ‘awali minad darajat.

Ertinya: “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Ya Allah, Engkaulah tempat bersyukur, yang telah mengilhamkan kepada hamba-Mu untuk bersyukur; Engkau menguatkan mereka untuk patuh dan berzikir. Engkaulah yang berbuat baik dengan nikmat-nikmat yang halal, sesuai yang Engkau ilhamkan dengan bersyukur dan kebajikan. Mahasuci sifat-sifat-Mu dengan sambutan gembira Engkau membalas ketaatan, penuh keutamaan, kebaikan dan meninggikan derajat.”

4.Doa meminta rezeki dari segala penjuru

Rabbana anzil ‘alaina ma’idatam minas sama’i takunu lana ‘idal li’ awwalina wa akhirina wa ayatam minka warzuqna wa anta khairur raziqin.

Ertinya: “Ya Tuhan kami, turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami yaitu orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan-Mu, berikanlah kami rezeki dan Engkaulah Pemberi rezeki yang paling utama.”

5. Doa memohon rezeki yang berkah

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ رَزَقَنِىْ هذَا مِنْ خَيْرِ حَوْلٍ مِنِّى وَلاَقُوَّةٍ، اَللهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ

Rumi: Alhamdulillahil ladzii razaqanii haadzaa min ghairi haulin minnii wa laa quwwatin, Allahumma baarik fiihi.

Artinya: “Segala puji bagi Allah, yang telah memberi rezeki kepadaku dengan tidak ada daya dan kekuatan bagiku, ya Allah semoga Engkau berkahi pada rezekiku.”

*Cara hidup orang lain dengan cara hidup kita. Tidak perlu mempersoalkan itu ini tanpa mengira sensitiviti..

Baca juga: Bukan Cinta Semata-Mata, Ini 15 Cara Rancang Kewangan Anda Kena Buat Dengan Pasangan

Sumber: Firdaus Shakirin, Liputan6.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×