Suami Isteri

11 Tahun Kahwin Suami Tak Mampu Beli Emas Dekat Isteri, Rezeki Tak Macam Pasangan Lain…

95
SHARES
beli emas

Melayari bahtera perkahwinan bukanlah hanya sekadar menyemai rasa cinta semata-mata. Banyak perkara yang perlu difikirkan seperti menjaga kebajikan isteri dan tanggungan jika mempunyai anak-anak lalu tidak mampu untuk berbelanja mewah seperti beli emas kepada isteri.

Oleh kerana ramai dalam kalangan warganet yang sering berkongsikan momen ‘sweet’ suami membeli barang perhiasan kepada isteri, ada juga perkongsian dari suami ini yang menceritakan bahawa dia tidak mampu membelikan emas kepada isteri selama 11 tahun berkahwin.

Baca juga: Bukan Cinta Semata-Mata, Ini 15 Cara Rancang Kewangan Anda Kena Buat Dengan Pasangan

TAK MAMPU BELI EMAS KEPADA ISTERI, SUAMI INI KONGSI KISAH MENYAYAT HATI…

beli emas

Menurut kisah Firdaus Shakirin, selama 11 tahun berkahwin, dia tidak pernah mampu untuk membeli emas kepada si isteri. Hanya emas ketika akad nikah sahaja..

“Last bagi emas kat dia, masa akad nikah dulu…itu pun cincin kahwin. Tahun pertama kahwin, dah bunting pelamin, tak sempat nak enjoy, nak berbulan madu bagai, nak beli itu ini, dah kena menyimpan untuk kelahiran cahaya mata pertama…”

“Sabar, nanti ada rezeki lebih, abang bagi…”

Menyambung kisahnya lagi, pada tahun kedua perkahwinan mereka menimang cahaya mata kedua dan semua perbelanjaan sebanyak ribuan tertumpu kepada susu, pampers dan pengasuh.

“Tahun ketiga, kami sama-sama kira duit syiling bila tengah bulan…cari kedai, tukar…dah tukar dapat duit kertas, beli susu anak…tak tahulah berapa kerap anak minum susu, yang pastinya setiap minggu pengasuh suruh tambah, susu yang dok ada dah nak habis, tak cukup…

Masuk tahun keempat, rasa macam dah nak stabil, dah boleh control perbelanjaan, kewangan semua…tup tup ada rezeki lagi, dia mengandung anak ketiga (Alhamdulillah)…

Vacation on hold, nak renovate rumah on hold, beli emas pun on hold lah…pendek kata, apa saja dalam planning list, semua on hold sebab nak simpan duit untuk kelahiran anak ketiga… Tahun kelima, 3 orang anak hantar pengasuh…pampers, susu, duit pengasuh mencecah RM2 ribu sebulan…

Macam mana bang? Duit gaji setengah habis kat pengasuh dan anak-anak ja…”

11 TAHUN PERKAHWINAN YANG INDAH..AKHIRNYA TERTUNAI..

beli emas

Terpaksa melakukan pengorbanan, isterinya perlu berhenti kerja kerana perlu mengantar dan mengambil anak-anak serta pendidikan mereka. Apabila gaji sudah melakukan pembayaran kepada semua kebajikan anak-anak, ayat yang mesti keluar adalah “Tak lepas ni…”

“Tahun keenam, dia pun berhenti kerja, struggle beb, pendapatan dua orang, jadi satu…hutang dan komitmen keluarga masih sama tapi hanya 1 income nak cover semua. Habis simpanan dikorek…clear ASB, clear Tabung Haji. Ambik masa setahun dua jugak nak stabil selepas dia berhenti dan fokus anak-anak…”

Namun, semua dugaan yang dilalui bersama membawa hubungan suami isteri ini ke tahun 11 perkahwinan dan semakin stabil dalam setiap aspek. Oleh itu, sebagai suami yang bertanggungjawab, dia melunaskan janji 11 tahun lepas untuk memberi hadiah perhiasan emas kepada isteri tersayang.

“Alhamdulillah…syukur dapat pasangan yang mampu bersabar dan masih berada disisi ketika susah…merungut mengeluh pun tak bila dia tak dapat apa yang orang lain dapat.”

Baca juga: Ya, Anda Seorang ‘Queen Control’ Kalau Ada 7 Tanda Ini, Awas.. Suami Cari Lain Nanti!

Sumber: Firdaus Shakirin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×