Suami Isteri

Ini Bukan Borak L*cah, Pasangan Bercinta Kena Tanya 11 Soalan Seksual Ini Sebelum Kahwin

18
SHARES
soalan akad nikah

Mengenali pasangan sebelum berkahwin merupakan satu proses perkenalan yang tak akan pernah habis. Mungkin akan mengambil masa yang singkat dan mungkin akan mengambil masa yang lama juga untuk mengenali seseorang sehingga membuat keputusan untuk berkahwin. Bukan itu sahaja, penting juga anda bertanyakan pasangan beberapa soalan berkaitan seksual dan bukan hanya tertumpu pada soalan akad nikah nanti sahaja.

Soalan mengenai kesihatan seksual dan intimasi ini sepatutnya ditanya sebelum berkahwin sebagai langkah perbincangan bagi mengelakkan keadaan yang keruh di kemudian hari. Bukan itu sahaja, inilah yang menjadi punca penceraian pasangan yang patut diberi perhatian.

Jangan segan silu, ini merupakan antara 11 soalan seksual dan intimasi yang anda kena tanya kepada pasangan sebelum kahwin supaya minda terbuka dengan luas!

Baca juga: Anak Patut Dijaga Oleh Siapa? Ini Maksud Hak Hadhanah Macam Kes Sam Bunkface

SOALAN KESIHATAN SEKSUAL YANG ANDA BINCANG DENGAN PASANGAN SEBELUM JAWAB SOALAN AKAD NIKAH

Terdapat satu perkongsian di laman Twitter oleh @twtmalaywedding apabila ada yang meluahkan soalan bagaimana untuk tahu tahap kesihatan seksual pasangan yang belum berkahwin. Perkara itu juga tidak ditanya kepada pasangan kerana risau akan mencetuskan pergaduhan. Oleh itu, saudari Wani Ardy yang merupakan peer support specialist berkongsikan antara 11 soalan yang anda boleh tanya kepada pasangan mengenai seksual sebelum berkahwin.

soalan akad nikah

Pertama sekali, ingatkan pasangan bahawa perbincangan ini adalah perbincangan yang penting & serius, untuk mengelakkan masalah seksual & intimasi di masa depan yang boleh menjejaskan perkahwinan. Ini bukan “borak lucah”, bukan “dirty talk”. Ini perbualan matang dua orang dewasa.

1) Apa yang awak telah belajar tentang kesihatan seksual dan seberapa banyak telah awak didik diri awak tentang intimasi suami isteri?

2) Adakah awak faham tentang keperluan batin dan zahir pasangan?

3) Berapa kerap awak harap kita akan berhubungan seks setelah bernikah?

4) Bagaimana jika salah seorang daripada kita mahu berhubungan seks tetapi seorang lagi ‘tiada mood’?

5) Adakah awak percaya tentang perlunya consent / keizinan sebelum seks?

6) Adakah awak percaya bahawa seks itu patut membahagiakan dan memuaskan KEDUA-DUA suami DAN isteri?

7) Adakah awak menonton pornografi dari masa ke semasa?

8) Jika iya, adakah awak bersedia untuk menghentikan tabiat awak dan sanggup untuk berusaha mengatasi ketagihan tersebut?

9) Adakah awak okay jika saya mahu awak jalani ujian STD (sexually-transmitted disease)?

10) Adakah awak mengharapkan hubungan seks mesti terjadi pada malam pertama? Atau adakah awak terbuka untuk kita capai tahap selesa dalam berdua-duaan dahulu dan ambil masa untuk berintimasi?

soalan akad nikah

Soalan dari bakal isteri untuk suami:

11. Jika saya hidap vaginismus / vaginal agenesis / sexual anxiety (zakar tidak dapat masuk ke dalam vagina), adakah awak boleh bersabar & menjadi suportif?

12.Adakah awak bersedia untuk berusaha bersama saya sepanjang perjalanan saya ke arah kesembuhan?

*Semoga segala urusan perkenalan dipermudahkan dan berakhir di jinjang pelamin!

Sumber: Twitter @waniardy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×