Suami Isteri

Terlalu Banyak Anak Undang Bala, Trend Kahwin Awal Tanpa Kewangan Stabil ‘Cekik’ Diri Sendiri

36
SHARES
cara family planning

Mempunyai zuriat sendiri selepas mendirikan rumah tangga merupakan idaman bagi pasangan suami isteri. Namun, bukan semua dalam kalangan kita yang dikurniakan dengan rezeki tersebut dengan mudah dan ada juga yang ‘terlebih’ dikurniakan rezeki zuriat pula. Inilah sebabnya untuk anda tahu cara family planning yang betul supaya anak-anak yang dikurniakan tidak menjadi ‘bala’ kepada diri sendiri.

Isu ‘telalu banyak anak mengundang bala’ ini mendapat perhatian ramai dan menimbulkan pelbagai reaksi kerana telah menjadi ‘trend’ untuk berkahwin dan melahirkan anak dengan ramai tanpa penjagaan yang teliti.

TAHU CARA FAMILY PLANNING YANG BETUL, TERLALU BANYAK ANAK MENGUNDANG BALA

Baru-baru ini menjadi perbualan ramai dalam laman media sosial Twitter memaparkan ciapan dari orang yang tidak dikenali, menerusi saudara Fedtri Yahya. Ciapan tersebut mengenai masalah rumah tangga yang seringkali berlaku kepada pasangan muda yang mudah bercerai dan mengenai cara menguruskan kewangan bagi pasangan berkahwin.

cara family planning

Ciapan tersebut turut mendapat perhatian saudara Ahmad Faezal di laman Twitternya yang berkongsikan pendapat mengenai isu terlalu banyak anak boleh mengundang bala dalam kalangan pasangan berkahwin. Mana tidaknya, baru sahaja menganjak usia 17 tahun sudah berkahwin tanpa mempunyai tahap kewangan yang stabil. Nak bagi makan apa?

Alasan yang diberikan adalah bagi mengelakkan maksiat, lalu melahirkan anak dengan ramai tanpa membuat perancangan yang selari dengan kemampuan tanggungan dan menanggap bahawa anak ikut rezeki Tuhan. Macam manalah anak-anak tak terabai…Berikut merupakan coretannya.

cara family planning

Dalam thread lepas, saya ulas pasal poverty breeds poverty. Kali ni saya nak luaskan pasal psikologi di sebaliknya. Sebab kadangkala, poverty dibuat sendiri… hasil pilihan yang menyambung roda kemiskinan. Salah satu punca roda tu asyik berputar adalah——kahwin terlalu awal. Antara benda paling menyampah nak dengar “nak elak maksiat”. Eh?

Memang betul kita semua ada fitrah manusiawi yang perlu ditunaikan. Nafsu. Tapi aras pertama jer dah justfikasi pada nafsu. Okaylah, hak koranglah — dah suami isteri. Tetapi? Dalam keadaan ekonomi tak seberapa tu lah nak beranak-pinak terlalu rapat. Anak sulung baru setahun… dah hamil anak kedua.

Silap-silap tak sampai setahun dah lekat. Nak elak maksiat katakan. Bila nurse bising, mulalah tarik muka bagai. Nurse cakap rancang keluarga. Tapi——dipusingnya tolak rezeki — kuasa Allah tak boleh ‘dirancang’. Gila. Benda ni terjadi sebab kurang pendidikan. Tak suruh dibuat kerja Tuhan pun. Suruh rancang hidup sendiri jer. Memang ramai fikir macam ni, melihat anak sebagai penyumbang rezeki walhal kena tanya dulu, “Aku ni layak tak nak dapat rezeki tu?”

Sebab apa tak layak pula? Cuba tengok dari segi tanggungjawab. Kita tunai tak? Dalam dunia ni banyak lagi benda adalah penyumbang rezeki.Itu masalahnya. Tak dapat provide utk anak ramai, bukan nak pakai kondom. Tak boleh rancang kan? Tak mampu beli? Mahal? Kat klinik kesihatan KKM tu jual 10-12 keping kot. Kena bayar RM1 jer. Kalau dah buat hari-hari tu, RM3 dah cukup nak cegah kehamilan setiap bulan.

cara family planning

Dah malu nak minta, kau suruh je la isteri kau pergi bisik kat nurse. Kan zaman sekarang pakai mask? Sebab tu saya cakap. Psikologi. Ada akses macam ni pun masih taknak manfaatkan. Tapi keluarga berduit boleh pula kan buat macam ni? Sebab apa agaknya? Okay. Saya nak terangkan sikit apa saya belajar lepas baca Journal of Family and Economic Issues.

Pengkaji nampak orang susah lagi cenderung ada anak ramai kerana tak banyak peluang nak buat benda lain. Memang ni realiti. Cita-cita terhad. Matlamat dalam hidup pula kurang. Jadi priority tak sama. A careerist prioritizes differently than a housewife.Mereka tahu asal bersalin jer, kena cuti lama. Jadi benda ni boleh halang career advancement. Tapi cuba letak diri korang pada wanita yang tak bekerja.

Apabila tiada tanda aras karier, mereka boleh kata ‘eh aku boleh bersalin dan pantang’. Ni tak terpakai pada semua orang. Namun penilaian ni wajar ditumpukan. Sebab apa saya suruh tumpu? Sebab makin banyak pula saya nampak alasan “eh, nenek aku beranak tujuh orang rilek jer besarkan! Okey jer.” Memang betul nenek kau beranak tujuh rilek jer. Sebab nenek kau ada rumah berhalaman luas.

Boleh bela ayam. Boleh tanam sayur. Boleh buat mende pun.Kau tu pula duduk rumah jenis apa? Flat? Teres? Kau nak bela ayam keadaan gini? Kau pandai tanam sayur? Betul. Zaman nenek kau ada cabaran. Kena jaga jangan bagi monyet buat hal. Kena elak serangan kulat.

*Oleh itu amat disarankan untuk mak ayah yang mempunyai anak usia 18 tahun ke atas menjaga mereka supaya tidak terjebak dengan trend kahwin muda dan melahirkan anak yang ramai tanpa kewangan yang stabil. Betul lah dah sampai masa jodoh, tapi jodoh itu pun ujian dari Allah SWT…

Sumber: Twitter @AhmadFaezal4

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×