Asuh

Yang Salah Tetap Salah, Mak Ayah Jangan Suka ‘Backup’ Anak Langgar Peraturan Sekolah!

2
SHARES
peraturan sekolah

Baru-baru ini ada insiden yang melibatkan ibu bapa memarahi pihak sekolah kerana memotong rambut anak. Seperti yang kita tahu, peraturan sekolah adalah melarang pelajar berambut panjang dan sebab itulah pihak sekolah mengambil tindakan memotong rambut mereka jika mak ayah tak lakukan.

Terlampau banyak luahan guru yang mengatakan bahawa ibu bapa zaman sekarang sering menyalahkan pihak sekolah kerana terlampau tegas. Tegas ini adalah untuk mendisiplinkan anak-anak zaman sekarang tetapi menjadi terhad apabila mak ayah sering ‘backup’ anak yang salah!

Baca juga: Ayah Cuba Terapi Pasir, Ikhtiar Nak Tengok Anak Lumpuh Boleh Berjalan Undang Sebak…

MAK AYAH JANGAN ‘BACKUP’ ANAK YANG LANGGAR PERATURAN SEKOLAH

peraturan sekolah

Kita semua tahu di sekolah memang tak bagi murid berambut panjang. Jadi, bila langgar peraturan, sekolah kenalah ambil tindakan. Tapi, sebagai ibu bapa, patut ke kita back up anak yang langgar peraturan?

Peraturan sekolah ni bukan saja-saja buat. Tujuan dia nak ajar disiplin dan nilai baik kat anak-anak kita. Kalau kita sokong anak yang langgar peraturan, dia akan fikir tak apa je kalau buat salah, sebab mak ayah ada. Ini boleh bagi kesan buruk kat disiplin dan moral dia. Jadi, penting untuk kita sokong peraturan demi kebaikan anak-anak.

1.Jangan Jadi Punca Anak Malas

Kalau selalu back up anak, dia jadi malas dan tak hormat peraturan. Kita nak ke anak jadi macam ni?

2.Ajar Anak Tanggungjawab

Biar dia rasa sendiri akibat buat salah. Baru dia tahu tanggungjawab.

3.Tegur Dengan Tegas Tapi Sayang

Tegur anak bila dia salah, tapi dengan kasih sayang. Jangan sampai dia rasa kita tak peduli.

4.Hargai Usaha Sekolah

Ingat, cikgu-cikgu kat sekolah pun nak yang terbaik untuk anak kita. Jangan lawan peraturan yang baik untuk dia.

5.Jangan Malukan Diri Sendiri

Bila kita backup anak buat salah, sebenarnya kita malukan dia. Biarlah dia belajar dari kesilapan. Kata Sayidina Ali, “Didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamannya, kerana mereka hidup bukan di zamanmu”. Maksudnya, kita kena didik anak ikut cabaran zaman sekarang, tapi asasnya tetap sama – Hormat peraturan dan disiplin diri adalah kunci kejayaan.

peraturan sekolah

Foto: University of California San Francisco

*Yang salah tetap salah, jangan terlampau manjakan anak-anak kerana mereka yang akan menjadi pemimpin generasi akan datang!

Baca juga: Cara Nak Kenalpasti Karakter Utama Perempuan Pemalas, No.4 Ramai Selalu Buat!

Sumber: Muhammad Zuwairi Baharudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×