Asuh

Ayah Cuba Terapi Pasir, Ikhtiar Nak Tengok Anak Lumpuh Boleh Berjalan Undang Sebak…

16
SHARES
anak lumpuh

Mempunyai anak lumpuh secara total atau separa memerlukan penjagaan yang luar biasa dari ibu bapa. Jika tidak dirawat dan dibiarkan begitu sahaja, masalah lumpuh ini akan makin teruk sedangkan ada cara yang anda boleh ikhtiar supaya mereka boleh berjalan semula.

Seperti kisah yang tular di laman media sosial ini memaparkan kasih seorang ayah yang setiap hari akan bawa anaknya yang lumpuh ke kawasan pasir untuk ikhtiar terapi secara tradisional.

Baca juga: Tular Gaji Cecah RM70k Sebulan, Ini 3 Kerjaya Berkaitan Kanak-Kanak Ada Demand Tinggi!

ANAK LUMPUH, AYAH CUBA TERAPI PASIR

anak lumpuh

Dari perkongsian video di laman Tiktok Sinar Harian, memaparkan kisah seorang ayah yang menyayat hati. Demi melihat anak lelakinya mampu berjalan seperti kanak-kanak lain, seorang bapa sanggup membawa si kecil ke pantai bagi melakukan terapi dengan menanam sebahagian badan di dalam pasir setelah dipercayai tidak mampu membiayai kos rawatan.

Rawatan terapi pasir ini merupakan petua tradisional yang diamalkan supaya dapat merawat pesakit lumpuh. Malah, sudah ramai dalam kalangan ibu bapa yang mencuba teknik ‘grounding’ seperti bawa anak kecil pijak rumput dan pasir untuk memudahkan mereka tidur serta latih berjalan.

Dalam video berkenaan menunjukkan si ayah akan ‘menanam’ separuh bahagian badan si kecil terutama sekali dari pinggang ke kaki. Tidak ketinggalan, rata-rata netizen yang tersentuh melihat pengorbanan si bapa turut mendoakan agar anaknya segera sembuh dan mampu berjalan seperti biasa malah berkongsikan beberapa tips.

Salah seorang netizen berkongsikan bahawa cara ini bagus untuk orang yang ada masalah strok, cuma tak ramai yang betul-betul percaya dan lebih kepada hanya cuba sekali dan mahu terus sembuh. Hal ini kerana, seperti terapi pasir ini, perlu diamalkan secara berulang kali supaya dapat hasil. Ada juga yang cakap kalau kebas-kebas, boleh guna tanah liat dengan minyak tanah, campur dua benda ini lepas itu salut dekat bahagian yang kebas itu.

anak lumpuh

*Didoakan supaya kesembuhan diberikan kepada si kecil ini dan pengorbanan ayah ini berhasil..

@sinarharianonline Demi memastikan anak lelakinya mampu berjalan seperti kanak-kanak lain, seorang bapa sanggup membawa si kecil ke pantai bagi melakukan terapi dengan menanam sebahagian badan di dalam pasir setelah dipercayai tidak mampu membiayai kos rawatan. Rata-rata netizen yang tersentuh melihat pengorbanan si bapa turut mendoakan agar anaknya segera sembuh dan mampu berjalan seperti biasa. #SinarHarian #SinarTerkini #Bapa #Anak #Video #Viral ♬ original sound – Sinar Harian

Baca juga: ‘Drama’ Suami Ambil Anak Balik Sekolah Buat Ramai Terhibur, Kongsi Tips Jadi Ayah ‘On Time’!

Sumber: Tiktok @SinarHarian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×