Asuh

‘Drama’ Suami Ambil Anak Balik Sekolah Buat Ramai Terhibur, Kongsi Tips Jadi Ayah ‘On Time’!

2
SHARES
peranan ayah

Peranan ayah yang bertanggungjawab bukanlah bergantung pada kemampuan untuk menyara keluarga sahaja, malah lebih dari itu. Salah satunya, sekiranya masih mempunyai anak-anak yang bersekolah, si ayah akan bergilir-gilir dengan ibu untuk menjemput mereka pulang.

Berbeza pula dengan kisah pengajaran yang dikongsikan oleh Encik Hafiz Muridan ini apabila dia berhadapan dengan situasi tidak terduga dan keliru dengan arahan isteri. Kisahnya terselit lucu namun yang sedihnya adalah dia rasa seperti seorang ayah yang tidak ‘perform’.

Baca juga: Kanak-Kanak Usia 4 Tahun Maut Akibat Si Bapa Sumbat & Paksa Makan Cili

‘DRAMA’ KELAKAR PERANAN AYAH AMBIL ANAK BALIK SEKOLAH, TERHIBUR!

peranan ayah

Hafiz berkongsi tentang pengalamannya mengambil anak-anak dari sekolah pada suatu petang. Rutin harian ini mungkin nampak mudah iaitu ambil kedua-dua anak dari sekolah rendah, bawa mereka makan dan kemudian hantar ke sekolah agama pada waktu petang.

Namun, menjadi peningnya apabila waktu tamat kelas bagi darjah 2 dan darjah 5 tidak sama dan si ayah perlu menyusun jadual. Darjah 2 tamat setengah jam lebih awal, iaitu pada pukul 12.30 tengahari.“Sampai depan pagar sekolah jam 1 petang. Anak saya, Syafiqa darjah 2, sudah melambai-lambai menunggu,” kata Hafiz.

Dia kemudian bertanya kepada Syafiqa tentang keberadaan anak sulungnya sebelum tiba-tiba ditegur oleh beberapa ayah lain yang juga menunggu di pagar sekolah.

Ayah Bro: “Bang, anak satu lagi darjah berapa?”
Saya: “Darjah 5, bang.”
Ayah Bro: “Ishh, abang tak tahu ke darjah 5 setiap Rabu ada kokurikulum?”
Saya: “Huh?”
Ayah Bro: “Balik pukul 4 petang hari ini. Hari ini kan Rabu.”
Saya: “Oh yeke?”
Ayah Bro: “Ya, balik pukul 4 petang nanti. Tunggu sini jenuhlah. Tak muncul-muncul. Kena baca WhatsApp, bang.”

Kata Hafiz, perbualan itu membuat dirinya rasa seperti ayah yang tidak ‘perform’. Dia cuba menjelaskan bahawa dia tidak berada dalam kumpulan WhatsApp sekolah. Mungkin isteri belum sempat membaca info terkini.

“Entah-entah Ayah Bro tu pun baru saja baca WhatsApp dari isteri dia. Acah-acah perform pula. Tapi bagus juga dia beritahu. Nasib baik ada Persatuan Ayah Bro. Terima kasih, brader!” katanya.

Tidak berhenti di situ, Hafiz memberikan beberapa tips buat para suami yang berhadapan dengan situasi tidak terduga ini dan tidak perlu rasa anda merupakan ayah yang tidak ‘perform’.

5 tips buat para suami bila tunggu ambil anak di sekolah, mesti ‘perform’!

peranan ayah

Tips 1: Muka Mesra, Mulut Ringan

Kata Hafiz, untuk para suami, penting untuk ada ‘networking’. Muka mesti mesra dan mulut pula kena ringan untuk bertanya. Barulah ada orang yang nak bantu bila ada situasi macam ni.

“Kalau datang dengan muka ketat, siapa pun malas nak tegur dan beri tips. Harap telinga tu kebal la ya. Pandai-pandailah menjawab pada isteri nanti. Persatuan Ayah Bro tak layan ayah baru yang muka ketat. Amaran!,” katanya.

Tips 2: ‘Branding Ayah-Ayah dan Politic Mileage’

Selepas itu, Hafiz pulang bersama Syafiqa. Sebelum pulang ke rumah, dia singgah sebentar di pejabat isteri.

“Bila kita perform, kena tunjuk muka sikit. Nampak macam kerja teruk. Kerja busy, tapi ada juga masa untuk uruskan anak-anak. Kerja dan family dibahagikan seimbang. Hahaha.. persepsi dan reputasi politik terjaga.

“Sampai kat office isteri. Saya buat muka bangga. Kita takyah sebut pun “hari ni rabu, ada koko. Anak balik 4pm”. Takyah sebut brader. Isteri nampak kita tahu dan terang bersuluh kita sudah buat kerja. Pujian pun dalam hati dia. Kita tak perlu tagih. Nampak sangat noob. Faham kan?,” katanya.

Tips 3: Yakin

Kata Hafiz, lelaki tanpa keyakinan namanya ‘ponen’.

Isteri tercinta: “Sayang, Syafiq mana?”
Saya: “Rabu kan hari ini.”
Isteri tercinta: “Ya, Rabu. Tapi Syafiqnya mana?”
Saya: “Ya Allah. Kokurikulum kan. 4 petang la dia balik.”
Isteri tercinta penuh kesabaran: “Siapa cakap? Orang ada cakap ke dia balik pukul 4?”
Saya: “Apanya… ish la.”
Isteri tercinta sinar keinsafan: “Kokurikulum dibatalkan, takde kokurikulum hari ini. Siapa yang pandai-pandai beritahu ni?”
Siapa sangka, rupanya Hafiz buat ‘silap besar’. Yakin sangat jadi terpaling ‘function’, tak pasal-pasal kena bebel dengan isteri.

Inilah realiti yang kadang-kadang para suami hadapi sebagai Ayah Tak Perform. Kadang-kadang, Persatuan Ayah Bro pun tak boleh pakai. Sebab itulah Hafiz tambah lagi dua tips penting untuk para suami.

Tips 4: Kebalkan Telinga

Tips 5: Dengar Arahan Asal. Pastikan Maklumat Sahih. Validate.

*Kisah ini menunjukkan betapa pentingnya apada suatu ketika untuk mendengar arahan yang diberikan oleh isteri. Jangan asyik dengar arahan dari rakan-rakan sahaja kerana belum tentu mereka tahu semuanya!

Baca juga: Kantin Sekolah Ini Sediakan Makanan Versi Sihat, Dipuji Ramai Dan Harus Jadi Contoh!

Sumber: Hafiz Muridan

Foto: CBC

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×