Asuh

Ibu Mentua Anti-V*ksin Suap Anak 6 Bulan Dengan Madu, Wanita Lapor Polis & Minta Cerai

7
SHARES
anti vaksin

Sejak dari kecil lagi, kita telah didedahkan dengan pelbagai jenis suntikan vaksin untuk kekebalan sistem imunisasi dalam melawan penyakit berjangkit. Namun, tidak semua dalam kalangan kita percaya dalam teknik perubatan ini dan lebih memilih menjadi golongan anti vaksin.

Lebih teruk lagi adalah, golongan anti vaksin ini sering mempengaruhi orang lain dengan kepercayaan mereka malah mengundang maut terutama dalam kalangan kanak-kanak. Seperti kisah yang berlaku kepada wanita ini apabila dia hampir kehilangan anaknya gara-gara tindakan ibu mentua anti vaksin.

Baca juga: Cara Nak Kenalpasti Karakter Utama Perempuan Pemalas, No.4 Ramai Selalu Buat!

ANAK 6 BULAN MASUK HOSPITAL GARA-GARA MENTUA & SUAMI ANTI VAKSIN

anti vaksin

Dalam hantaran perkongsian tersebut, seorang wanita bergelar tampil bertanyakan pendapat ramai di laman X sama ada tindakannya wajar atau tidak kerana membuat laporan polis di atas sikap dan tindakan suami dan juga ibu mentuanya. Wanita tersebut buat laporan polis terhadap suami dan ibu mentua yang difahamkan adalah golongan anti vaksin.

Keluarga suami wanita tersebut adalah golongan yang menolak perubatan moden. Wanita itu berada dalam keadaan dilema setelah dia melahirkan bayi sulung dan si suami menolak sebarang pemberian vaksin awalan kepada bayi mereka.

Gara-gara ibu mentua dan suami tolak perubatan moden, dijadikan cerita, bayi mereka mengalami demam dan dibiarkan tanpa sebarang rawatan oleh ibu mentuanya yang kebetulan menjaga anaknya.

Lebih mengejutkan, ibu mentua wanita itu turut memberi madu kepada bayi yang masih berusia 6 bulan sehingga si kecil itu jatuh sakit dan perlu dibawa ke kecemasan hospital kerana pneumonia. Seperti yang kita tahu, kanak-kanak adalah dilarang untuk mengambil madu kerana sistem badan masih belum sesuai.

BUAT LAPORAN POLIS DAN MINTA CERAI

anti vaksin

Foto: Anak 6 bulan dimasukkan ke wad kecemasan.

Tidak tahan dengan tindakan melulu suami dan keluarga mentua, wanita itu bertindak membuat laporan polis dan kedua-duanya telah ditahan reman selama dua hari serta didakwa atas kesalahan pengabaian kanak-kanak. Berikutan itu, wanita berkenaan tampil bertanya adakah tindakannya itu melampaui batas dan melampau.

Dengan bantuan dari warganet, nampaknya rata-rata memberi sokongan di ruangan komen kepada wanita itu dan memintanya untuk tidak menarik sebarang laporan polis yang dibuat sebagai pengajaran kepada orang lain. Malah, ini juga dijadikan pengajaran kerana boleh mengundang maut!

“Pehhh respect sis berani gila take action gitu. Rasanya lah kan kalau u nak tarik report buat deal dulu jangan bagi family husband masuk campur lagi hal anak. Bab cerai tu if your husband betul betul menyesal and akan be on ur side, u should fikir masak-masak lah.” komen seorang netizen.

*Diharapkan kejadian sebegini tidak sering berlaku terutama kepada kanak-kanak. Kenapa tidak percayakan bantuan perubatan medikal sedangkan dalam Islam pun ada pakar-pakar perubatan semasa zaman Rasulullah SAW?

Baca juga: ‘Drama’ Suami Ambil Anak Balik Sekolah Buat Ramai Terhibur, Kongsi Tips Jadi Ayah ‘On Time’!

Sumber: Laman X

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×