Cantik

Cara Nak Kenalpasti Karakter Utama Perempuan Pemalas, No.4 Ramai Selalu Buat!

18
SHARES
pemalas

“Ciri-ciri bakal isteri saya kena manis, pandai masak dan sudah semestinya bukan pemalas!” kata seorang lelaki.

Lantas, dia meminta bantuan dari Ustazah Asmak Husin yang sering berkongsikan tips jodoh di laman Tiktoknya, cara bagaimana untuk mengenalpasti karakter perempuan pemalas. Maklumlah, semasa bercinta semuanya memang indah namun realiti akan muncul selepas berkahwin nanti.

Baca juga: Cara Pilih Bingkai Cermin Mata Ikut Bentuk Muka, Barulah Cun!

CARA NAK KENAL KARAKTER PEREMPUAN PEMALAS!

pemalas

Foto: Metro

Terdapat 4 karakter utama yang boleh dilihat jika wanita tersebut merupakan seorang yang pemalas. Antaranya:

1.Selalu ralit main telefon

Selari dengan zaman teknologi, memang ramai dalam kalangan kita akan tertumpu kepada penggunaan gajet. Namun, salah satu cara untuk tahu bahawa wanita tersebut merupakan seorang yang pemalas adalah apabila dia menghabiskan masa berjam-jam menatap telefon bimbit bukan untuk tujuan kerja tapi di media sosial sahaja. Waktu inilah mula timbul rasa malas nak mengemas dan malas nak solat.

2.Tak prihatin dengan kebersihan diri

Bukan semua dalam kalangan wanita yang tidak bersiap adalah malas namun kebanyakkan mereka adalah seperti itu. Ada yang mempunyai kuku yang cantik namun jarang memotongnya. Ada juga yang seterika baju namun hanyalah secara ala kadar kerana fikir tiada siapa yang akan kisah.

Namun, jika wanita tersebut rajin bersiap dan cantik di luar, ketahuilah dia merupakan seorang yang pemalas sekiranya pakaian dalam sering diulang pakai berminggu-minggu tanpa basuh.

3.Malas mandi

Bukan sahaja di luar negara malah orang dalam Malaysia pun ada juga yang kurang gemar mandi. Pelik juga dengan keadaan cuaca yang panas ini, anda hanya mandi sehari sekali? Inilah yang menyebabkan badan akan mula berbau busuk dan akan dipulaukan oleh orang ramai. Muka cantik tapi malas mandi!

4.Bukan ‘morning person’

Jika anda mempunyai rakan perempuan atau pasangan yang sudah untuk keluar pada waktu pagi, ketahuilah bahawa itu merupakan salah satu sifat pemalas. Kalau bangun tidur pun pukul 12 tengahari, sudah pasti solat Subuh pun terlajak! Mereka lebih suka tidur lewat malam dan bangun siang hari.

pemalas

Foto: Business Insider

*Rimas juga bila jadi terlampau pemalas kan? Buat para lelaki yang sedang mencari isteri, jangan terkejut kalau karakter ini tiba-tiba timbul selepas anda berkahwin ya!

@ustazahasmakhusin Replying to @Bro Ducati Tips kenal perempuan malas. Lelaki kena take note ya. #ustazahasmakhusin #ustazahjodoh #kelascinta #kelasjodoh #perempuanmalas ♬ original sound – Ustazah Asmak Husin

Baca juga: Malaysia Di Tangga Ke-6, ‘Padat’ Dengan Wanita Tercantik Di Asia!

Sumber: Tiktok @UstazahAsmakHusin

Foto: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×