Famili

7 Aplikasi ‘Dating’ Yang Popular & Percuma Di Malaysia, Yang Solo Boleh Mulakan Langkah Sekarang!

1
SHARES
app cari jodoh

Mencari pasangan hidup kini menjadi lebih mudah dengan kemajuan teknologi, terutamanya melalui aplikasi atau app cari jodoh yang semakin popular dalam kalangan pengguna.

Malah, aplikasi-aplikasi ini menawarkan platform yang selamat dan mudah digunakan, membolehkan individu dari pelbagai latar belakang dan lokasi bertemu dan berkenalan dengan orang yang memiliki minat dan matlamat yang serupa. Tak tahu nak pilih yang mana? Berikut merupakan antara 7 aplikasi ‘dating’ yang jadi pilihan.

Baca juga: Jodoh Dah Jumpa Tapi Bakal Mentua ‘REJECT’ Sebab Anda Kerja Dalam 7 Bidang Ini, Pedihnya Hati!

7 APP CARI JODOH YANG POPULAR DI MALAYSIA & ANTARABANGSA, NAK CUBA YANG MANA?

app cari jodoh

1.Bumble

Bumble adalah aplikasi temu janji yang dilancarkan pada tahun 2014 oleh Whitney Wolfe Herd, salah seorang pengasas Tinder. Apa yang membezakan Bumble daripada aplikasi temu janji lain ialah wanita diberi kuasa untuk memulakan perbualan!

Hanya wanita yang boleh menghantar mesej terlebih dahulu dan jika wanita tidak memulakan perbualan dalam masa 24 jam selepas pasangan tersebut sepadan, ‘match’ tersebut akan hilang. Rugi!

2.Tinder

Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana Tinder merupakan salah satu aplikasi paling popular di dunia kerana konsep ‘swipe’ yang mudah digunakan. Pengguna hanya perlu menggeser ‘swipe’ ke kanan jika tertarik dengan seseorang, atau ‘swipe’ ke kiri jika tidak berminat. Jika dua pengguna saling menyukai (kedua-duanya swipe ke kanan), maka mereka boleh mula berkomunikasi melalui aplikasi tersebut.

3.OkCupidDating

Berbeza dengan aplikasi seperti Tinder atau Bumble yang fokus pada keputusan cepat melalui “swipe” atau minat berdasarkan gambar, OkCupid lebih menekankan pada keserasian antara pengguna berdasarkan soalan dan jawapan yang mendalam.

OkCupid adalah pilihan yang popular bagi mereka yang mencari hubungan yang lebih serius atau hubungan yang lebih bermakna, kerana aplikasi ini memberi penekanan kepada keserasian berdasarkan nilai-nilai peribadi dan kepercayaan.

4.Muzz: Muslim Marriage & Social

Muzz adalah salah satu aplikasi temu janji yang semakin berkembang dalam kalangan komuniti Muslim. Mereka cuba menyediakan platform yang selamat, sesuai dengan ajaran Islam, dan memberi fokus kepada perkahwinan sebagai matlamat utama. Aplikasi ini membantu pengguna untuk mencari pasangan yang benar-benar serasi dengan mereka dalam banyak aspek kehidupan, bukan hanya dari segi fizikal.

5.Singles Elite

Melangkah ke persada antarabangsa, Singles Elite adalah pilihan bagi mereka yang ingin mencari hubungan yang lebih serius dan berlandaskan nilai yang tinggi, sambil memastikan pengalaman temu janji mereka adalah berkualiti dan eksklusif. Ia adalah platform yang lebih sesuai untuk golongan profesional, individu yang berpendidikan tinggi serta berjaya dalam kerjaya.

Sangat sesuai untuk anda yang tidak mahu membuang masa dengan aplikasi temu janji yang lebih santai, dan lebih berminat untuk bertemu dengan seseorang yang memiliki keserasian dalam pelbagai aspek kehidupan.

6.Asian Match Mate

Asian Match Mate adalah platform yang popular dalam kalangan individu yang mencari hubungan yang lebih serius dan stabil, terutama mereka yang berminat dan menghargai budaya dan tradisi Asia.

Individu yang mencari pasangan dari latar belakang budaya Asia, baik mereka yang tinggal di Asia mahupun di luar negara sangat sesuai menggunakan Asian Match Date.

7.Badoo Meet & Date

Dengan lebih dari 400 juta pengguna, Badoo menyediakan peluang besar untuk berkenalan dengan orang dari seluruh dunia. Salah satu ciri utama Badoo adalah penggunaan “Swipe”, yang serupa dengan aplikasi seperti Tinder. Aplikasi ini sangat mudah digunakan, dengan ‘features’ yang mesra pengguna.

Malah, selain sekadar mesej melalui teks, Badoo menawarkan ciri video call, live streaming, dan pelbagai cara lain untuk berinteraksi, menjadikannya lebih dinamik dan menarik.

app cari jodoh

*Rupanya ada banyak pilihan ‘dating apps’ yang anda boleh cuba! Tapi ingat, yang solo sahaja ya boleh cuba, bukan untuk yang sudah berkahwin!

Baca juga: Terengganu Bangunkan Aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’, Mudahkan Rakyat Cari Jodoh Berkualiti

Sumber: SimilarWeb

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×