Famili

Jodoh Dah Jumpa Tapi Bakal Mentua ‘REJECT’ Sebab Anda Kerja Dalam 7 Bidang Ini, Pedihnya Hati!

24
SHARES
cari jodoh

Dari zaman dahulu sehingga zaman serba moden ini, proses cari jodoh iaitu teman sehidup semati itu bukanlah perkara yang boleh dipetik jari sahaja. Bila dah jumpa orang yang serasi, halangan utama datang dari pihak mak ayah pula begitu juga bakal mentua. Ada sahaja tak kena dan paling ditapis sekali adalah jenis pekerjaan yang mereka lakukan.

Bukan tujuan untuk memperlekehkan ya tapi berikut merupakan antara kerjaya yang selalunya membuatkan bakal mentua ‘reject’ anda untuk berkahwin dengan anaknya!

Baca juga: Top 7 Kerjaya Paling Dapat Permintaan Tinggi Di Malaysia, Bidang Anda Tersenarai Tak?

CARI JODOH DAH JUMPA TAPI MENTUA PULA TAK ‘APPROVED’ SEBAB KERJA INI!

cari jodoh

1. Badan Beruniform Pangkat Rendah

Kalau kita tonton semasa perarakan sambutan Hari Kebangsaan, memang semua orang akan bersorak menunjukkan tanda suka kepada abang-abang badan unit beruniform seperti bomba, askar dan polis ini. Namun, apabila sampai soal jodoh, terus ditolak tepi oleh mentua kerana dikatakan gaji sikit! Kalau anak-anak mempunyai pasangan bekerja dalam unit beruniform ini, mak ayah akan pesan supaya cari yang ada pangkat macam Inspektor atau Mejar.

2.Kerani

Sering dilabel sebagai berpendapatan rendah dan tak ‘glamour’, kerjaya sebagai kerani juga sering dipandang rendah tidak kira bagi wanita atau lelaki. Walaupun kerjaya ini sangat penting dalam setiap syarikat namun stigma bahawa pendapatan rendah bulanan mereka menyebabkan golongan mentua hanya sebut “Hmmm kerja kerani je…”.

3.Suri rumah

Suri rumah merupakan salah satu jenis kerjaya juga walaupun berada di rumah. Kalau zaman dahulu, mungkin bakal mentua akan suka khususnya dalam kalangan wanita untuk duduk di rumah dan menjaga urusan keluarga namun tidak lagi sekarang. Hal ini kerana, suri rumah juga dianggap sebagai bukan kerjaya ‘glamour’ yang boleh dibanggakan semasa golongan mentua ini berjumpa rakan taulan serta sanak-saudara.

“Menantu kerja apa? Lawyer ke?
“Taklah, duduk rumah je suri rumah jaga anak, jaga suami…”

4.Berniaga

Berniaga sebenarnya merupakan kerjaya yang bagus sekiranya anda pandai uruskan dengan betul seperti Rasulullah SAW yang juga pernah berniaga. Khususnya buat lelaki yang berniaga sendiri seperti buka kedai makan, kedai runcit atau berniaga produk, pasti anda akan rasa tersisih apabila pergi berjumpa bakal mentua bukan? Layanan yang diterima tidak begitu manis untuk dikenang kerana ada potensi mentua mempersoalkan kelayakkan anda untuk menanggung anak mereka.

5.Kerja bank

Ini merupakan kerjaya yang mendapat pendapat berbeza. Mungkin ada yang tidak kisah kerana gaji yang ditawarkan apabila bekerja dalam sektor perbankan tidak begitu rendah malah ada yang lumayan. Namun, buat mentua yang konservatif, kerjaya dalam bank ini mungkin akan memberi masalah kerana risau tentang isu riba dan sebagainya.

6.Kerja kilang

Apa? Kerja kilang sahaja? Inilah antara reaksi yang mak ayah anda akan berikan apabila tahu kerjaya bakal menantu adalah di kilang. Nampak lekeh tapi sebenarnya kerjaya dalam industri kilang ini menjanjikan pendapatan yang tinggi juga sekiranya anda rajin. Namun, biasalah orang-orang tua, kalau jawatan anda sebagai ‘manager’ kilang tersebut tidak mengapa…

7.Penyanyi/Pelakon

Mentua cakap nak bakal menantu ada kerjaya ‘glamour’, jadi pelakon dan penyanyi boleh kan? Agak pahit untuk ditelan adalah kerjaya anda sebagai penyanyi atau pelakon sedikit sukar sebenarnya untuk diterima sebagai menantu. Tambah pula kalau baru sahaja menceburi bidang seni yang banyak pesaing ini, menjadi atau tidak pun belum tentu lagi macam mana nak jaga anak orang!

cari jodoh

*Ini merupakan sekadar perkongsian dari bualan bersama orang-orang lama sahaja. Kalau bakal mentua dapat menerima dan percaya kepada bakal menantu lelaki atau perempuan yang berkecimpung dalam kerjaya ini, maka anda sangat beruntung. Jika tidak, pandai-pandailah cari jalan untuk ‘bodek’ ya!

Baca juga: 10 Jenis Pekerjaan Boleh Buat Di Luar Negara, Nampak Macam ‘Cikai’ Tapi Gaji Lumayan!

Sumber: MySumber

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×