Famili

10 Jenis Pekerjaan Boleh Buat Di Luar Negara, Nampak Macam ‘Cikai’ Tapi Gaji Lumayan!

2
SHARES
kerja di luar negara

Proses mencari kerja yang sesuai dan setimpal dengan gaji adalah sangat susah. Ada orang mengambil masa bertahun-tahun untuk menyesuaikan diri dengan pekerjaan yang terpaksa dilakukan dan ada juga yang pilih buat kerja di luar negara sebagai jalan terakhir.

Walaupun jauh dari keluarga, mereka sanggup melakukannya kerana boleh mendapat gaji atau upah lumayan. Berikut merupakan antara 10 kerja yang anda boleh lakukan di luar negara dan kedengaran macam kerja biasa tapi gajinya mahal!

Baca juga: Top 7 Kerjaya Paling Dapat Permintaan Tinggi Di Malaysia, Bidang Anda Tersenarai Tak?

INI 10 KERJA DI LUAR NEGARA ANDA BOLEH BUAT, LUMAYAN!

kerja di luar negara

Foto: Jobstreet

1.Personal Shopper

Personal shopper atau ‘tukang beli’ yang menjadi permintaan ramai sekarang ini amat diperlukan. Buat anda yang sering mempunyai bajet besar untuk melancong, boleh jadikan ini juga sebagai peluang bekerjaya dengan menjadi ‘personal shopper’. Untuk anda yang tidak tahu, jumlah pendapatan yang boleh anda dapat juga adalah tinggi kerana ada amaun upah yang dikenakan supaya mudah dapat beli barang dari Paris, Australia, London dan lain-lain.

2.Guru bahasa asing

Jika anda mempunyai keboleh dalam berbahasa asing selain Bahasa Inggeris, inilah masa untuk menggunakannya. Walaupun Bahasa Malaysia bukanlah bahasa antarabangsa namun, kalau ada permintaan dari negara lain, apa salahnya bukan? Bukan semua orang lokal negara tersebut mahir dalam bahasa sendiri kerana mungkin ada yang tahu dari segi kasual sahaja.

3.Chef/Tukang masak

Ini merupakan salah satu profesion yang menjadi pilihan sekiranya ingin bekerja di luar negara. Permintaan kerjaya sebagai chef hotel atau tukang masak restoran Malaysia di luar negara adalah sangat tinggi. Oleh itu, buat anda yang memang bergelar seorang tukang masak dan ingin tambah ‘rate’ gaji, boleh cuba di luar negara pula.

4.Pemandu pelancong

Seronoknya setiap kali bekerja termasuk sekali pakej melancong bukan? Kerjaya sebagai pemandu pelancong tidak mengehadkan individu dari negara tertentu sahaja. Contohnya, anda merupakan rakyat Malaysia namun sudah lama tinggal di Perancis, anda boleh mohon untuk menjadi pemandu pelancong negara itu kerana sudah pakar dalam selok belok lokasi perlancongan di sana.

5.Bekerja di atas kapal/cruise

Menurut orang ramai, kerjaya di atas kapal terutama sekali di luar negara menawarkan gaji yang lumayan. Mana tidaknya, selalunya servis atas kapal atau cruise ini digunakan oleh golongan VIP sahaja kerena memerlukan bayaran mahal. Oleh itu, anda boleh jadi pemandu, chef atau bahagian servis di atas kapal ini walaupun datang dari negara lain.

6.Pembantu rumah

Mungkin kita sudah biasa dengan warga Indonesia dan Filipina datang bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah. Namun, warga Malaysia pun boleh jadi pembantu rumah di negara lain dan selalunya di Amerika Syarikat serta Eropah. Walaupun dipandang rendah kerana bekerja sebagai pembantu rumah namun, gaji yang ditawarkan jika anda bekerja di luar negara adalah 3 kali ganda di Malaysia ya!

7.Jurulatih yoga, zumba atau aerobik

Mempunyai kemahiran dalam bidang sukan juga tidak merugikan, tambah pula jika anda sememangnya merupakan ‘fitness personality’. Mempunyai pengikut yang ramai setiap kali adakan acara yoga atau zumba membuatkan anda lebih berpeluang luas terbang ke luar negara bagi menyertai festival-festival kesihatan di sana. Seronok!

8.Model

Jika anda ada rupa paras yang cantik, unik dan bentuk badan seperti patung, inilah masanya untuk melebarkan sayap berkecimpung dalam dunia permodelan antarabangsa. Ramai sahaja model terkemuka kini yang berasal dari negara lain seperti Bella Hadid dan Gigi Hadid.

9.Bekerja di hotel/homestay

Banyak hotel atau homestay di luar negara mencari pekerja tambahan terutama sekali ketika musim cuti. Walaupun tempoh bekerja yang ditawarkan mungkin hanya beberapa minggu atau bulan, namun anda boleh jadikan masa ini sebagai tempoh untuk mencari pengalaman.

10.Bekerja di ladang

Sebut sahaja mengenai bekerja di ladang, ramai yang terbayangkan bekerja di ladang buah Australia?  Sebenarnya bukan ladang itu sahaja, kerana banyak lagi ladang seperti kopi. Pekerjaan di ladang ini bergantung kepada negara tersebut seperti, ladang anggur di Australia, ladang susu di New Zealand dan ladang kopi di Brazil.

kerja di luar negara

Foto: Arrival

*Seronok juga kan? Kalau anda teringin nak buat kerja yang mana satu?

Baca juga: 7 Pekerjaan Gaji Paling ‘Masyuk’ Dan ‘Laku Keras’ Di Malaysia, Kalau Layak Boleh Cuba…

Sumber: Vocket

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×