Masih menjadi perbualan hangat di laman media sosial apabila zaman sekarang lebih banyak golongan wanita yang bekerja berbanding golongan lelaki. Tambah pula bila sudah berkahwin, hanya isteri sahaja yang mengeluarkan keringat kerana suami mengatakan susah untuk dapat kerja dan tidak tahu kerja apa boleh dibuat secara work from home.
Sudah semestinya sebagai seorang lelaki sejati, maruah anda terletak kepada kerja dan sifat rajin bekerja. Kalau kerja pun malas nak buat, macam mana nak jadi contoh kepada anak-anak? Kalau tak mahu keluar rumah, boleh buat kerja di bawah..
Baca juga: 10 Bidang Pekerjaan Paling ‘Laku Keras’, Kalau Masuk IPTA Pilih Jurusan Ini Tau!
39 PEKERJAAN WORK FROM HOME YANG LELAKI BOLEH BUAT, JANGAN MALAS!
Maruah lelaki adalah BEKERJA. Jika LELAKI TIDAK BEKERJA bermakna LELAKI itu TIDAK ADA MARUAH. Bekerja di sini bukan bermaksud lelaki perlu keluar rumah kerana zaman sekarang dah maju. Bukan zaman 90-an perlu keluar rumah untuk bekerja. Zaman sekarang dah canggih. Duduk rumah pun boleh bekerja asalkan lelaki itu bekerja bantu keluarga.
Nak keluar rumah untuk bekerja tak ada masalah. Nak bekerja dari rumah pun tak ada masalah. Zaman sekarang bukan macam zaman dahulu kena keluar rumah untuk bekerja. Zaman sekarang banyak pekerjaan boleh buat dari rumah. Kebaikan LELAKI bekerja dari rumah, banyak masa yang boleh diluang untuk keluarga.
Antara contoh pekerjaan yang boleh dibuat dari rumah :
1.Digital Creator
2.Freelance
3.Berniaga Online
4.Penulis
5.Graphic Designer
6.Tutor
7.Customer service representative
8.Data entry clerk
9.Virtual assistant
10.Transcriptionist
11.Translator
12.Web Designer
13.Coder
14.Copywriting
15.Editor
16.Consultant
17.Recruiter
18.Software Developer
19.Algorithm Engineering
20.Tech support
21.Proofreader
22.Project manager
23.Marketing
24.Penganalis Data
25.Web Developer
26.Software Engineering
27.Certified Public Accounting (CPA)
28.Cyber Security Analytics
29.Software Development
30.Online Moderation
31.Blogging
32.Event Planning
33.Coaching
34.Online Teacher
35.Tax Preparation
36.Video Editing
37.Affiliate
38.Stock Photography
39.Buka Kelas Online
Yang dikatakan LELAKI BIAWAK HIDUP ini ialah LELAKI yang sihat tubuh badan, sihat mental dan fizikal, boleh bekerja TETAPI tidak bekerja, hidupnya makan, minum, pakainya semua ditanggung oleh ibubapa atau isteri atau anaknya. Hidup dia tak buat apa walaupun sihat. Alhamdulillah tahniah untuk lelaki yang bekerja, anda ada maruah yang tinggi!
Perkara ini ditegaskan melalui firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud:
“Lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap perempuan, oleh kerana Allah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan dan kerana lelaki membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. Maka perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama dengan pemuliharaan Allah serta pertolongan-Nya.”
Baca juga: Naik 15%, Ini Simulasi Fasa 1 & 2 Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bermula Disember Nanti
Sumber: Sha Ramson Abdullah