Inspirasi

Dah Bersara Tapi Masih Sibuk? Pembantu Dedah Ini ‘Kerja’ Yang Tun M Buat Setiap Hari Di Pejabat!

dr mahathir

Walaupun sudah lama bersara daripada jawatan Perdana Menteri, rutin harian Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya masih jauh daripada kata-kata berehat. Pada usia 101 tahun, beliau masih mempunyai pelbagai urusan dan komitmen, sehingga ada yang tertanya-tanya apakah sebenarnya pekerjaan yang dilakukan oleh negarawan itu setiap hari.

Baca juga: Hidap Kanser Otak Tahap 4 Rentas Tiga Negeri Naik Ambulans, Afiq Kuat Semangat Mahu Terima Ijazah Sendiri

RUPANYA INI TUGAS TUN DR MAHATHIR MESKI DAH LAMA BERSARA

dr mahathir

Gambar Threads @amofficialmy.

Persoalan tersebut turut dibangkitkan seorang pengguna Threads yang ingin mengetahui tugas Dr Mahathir selepas tidak lagi memegang jawatan dalam pentadbiran negara.

“Maaf tanya. Istilah ‘bekerja’ Tun M ini apa? Ada kerja apa yang Tun M masih buat?” tanya pengguna berkenaan.

Masih terima jemputan berucap di luar negara

Menjawab persoalan itu, pembantu Dr Mahathir, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin, menjelaskan jadual harian Dr Mahathir masih dipenuhi urusan rasmi serta pertemuan dengan pelbagai pihak.

Antaranya termasuk aktiviti di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, selain urusan di luar pejabat.

“Sebagai bekas Perdana Menteri, jadual Tun Mahathir masih padat dengan urusan rasmi termasuklah mesyuarat, lawatan, dan sesi ucapan.

“Beliau juga tidak putus-putus menerima kunjungan rakyat yang datang untuk meminta nasihat dan buah fikiran,” ujarnya.

Bukan sekadar memenuhi urusan di dalam negara, Dr Mahathir turut menerima jemputan dari luar negara untuk berkongsi pandangan dan pengalaman beliau.

Adam mendedahkan bahawa Jepun antara negara yang secara konsisten menjemput Dr Mahathir untuk menghadiri pelbagai persidangan serta menyampaikan ucapan.

“Hebatnya lagi, setiap tahun Jepun akan menjemput beliau sebanyak dua kali untuk berucap di pentas persidangan, sekolah, mahupun universiti.

“Begitu juga beberapa negara-negara lain. Delegasi-delegasi luar negara juga sentiasa buat kunjung hormat,” kongsi Adam lagi.

Perkara itu menunjukkan bahawa pengalaman beliau sepanjang menerajui negara masih menjadi antara perkara yang ingin didengar oleh pelbagai pihak, termasuk di peringkat antarabangsa.

Baca juga: Biodata Tun Dr. Hasmah, Doktor Wanita Melayu Terawal Yang Banyak Berjasa Kepada Negara

Dr Mahathir pernah kata akan terus bekerja hingga akhir hayat

dr mahathir

Gambar Threads @amofficialmy.

Adam turut berkongsi bahawa bekas Perdana Menteri berkenaan pernah menyatakan hasrat untuk terus bekerja selagi masih bernyawa.

“Jika saya tinggal setengah hari lagi untuk hidup pun, saya tetap akan bekerja,” ungkap Dr Mahathir penuh makna, sebagaimana dipetik daripada hantaran Adam di laman Threads.

Pernah jadi Perdana Menteri Malaysia sebanyak dua kali

Untuk rekod, Dr Mahathir pertama kali dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat pada 1981 ketika berusia 56 tahun. Beliau memegang jawatan itu selama 22 tahun sebelum meletakkan jawatan pada 2003.

Pada 10 Mei 2018, Dr Mahathir kembali mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Bagaimanapun, penggal keduanya tidak berpanjangan apabila beliau melepaskan jawatan pada 24 Februari 2020.

Walaupun tidak lagi menerajui pentadbiran negara, jadual yang dikongsikan pembantunya memperlihatkan Dr Mahathir masih meluangkan masa untuk urusan rasmi, berkongsi pandangan serta menerima kunjungan pelbagai pihak.

tun dr mahathir

Sumber: Threads @amofficialmy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×