Pemergian Tun Dr. Hasmah Haji Mohamad Ali pada 28 September 2026, ketika berusia 100 tahun, meninggalkan legasi besar dalam bidang perubatan, kesihatan awam dan khidmat masyarakat.
Nama Allahyarhamah bukan sahaja dikenali sebagai isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, malah beliau turut mencipta sejarah sebagai antara doktor wanita Melayu terawal di Tanah Melayu.
Baca juga: Puisi ‘Ku Cari Damai Abadi’ Nukilan Tun Abdullah Kembali Tular, Beri Aspirasi Buat Ramai Tersentuh!
BIODATA TUN DR. HASMAH HAJI MOHAMAD ALI

Gambar BERNAMA: DR Siti Hasmah pada sambutan Hari Siswanita Ketiga di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang sekitar 1985.
Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah yang turut dikenali sebagai ‘Siti Hasmah’, banyak menumpukan perhatian terhadap penjagaan kesihatan ibu dan anak, khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Perjalanan kerjayanya juga memperlihatkan bagaimana seorang wanita mampu memainkan peranan penting dalam bidang perubatan, pendidikan dan pembangunan masyarakat.
Di sebalik kehidupan sebagai isteri seorang negarawan, terdapat pelbagai pencapaian dan sumbangan Allahyarhamah yang wajar dikenang.
- Nama: Tun Dr. Hasmah Haji Mohamad Ali
- Tarikh lahir: 12 Julai 1926
- Tempat lahir: Klang, Selangor
- Tarikh meninggal dunia: 28 September 2026
- Usia: 100 tahun
- Suami: Tun Dr. Mahathir Mohamad
- Anak: Tujuh orang (empat lelaki dan tiga perempuan)
PENDIDIKAN
- 1932
:Methodist Girl’s School, Kuala Lumpur
:St. Mary’s School, Kuala Lumpur - 1941: Sekolah Perempuan Inggeris Pudu, Kuala Lumpur
- 1947: Kolej Perubatan King Edward VII, Singapura (satu-satunya pelajar wanita Melayu dalam kumpulannya)
- 1949 – 1955: Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Singapura
FELLOWSHIP KEHORMAT
- 1992: Felo Kehormat Fakulti Perubatan Kesihatan Awam, Kolej Pakar Perubatan Diraja, Ireland
- 1996: Felo Kehormat Institut Pengarah-Pengarah Malaysia
- 1997
: Felo Kehormat Royal College of Physician of Edinburgh
: Felo Akademi Pakar Perubatan Keluarga Malaysia

Gambar BERNAMA: DR Siti Hasmah melawat bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj di Kuala Lumpur pada 9 Februari 1985.
ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN
- 1985: Anugerah Pingat Emas Tun Fatimah
- 1988: Anugerah Pencapaian Kepimpinan Kazue McLaren, Konsortium Akademik Asia Pasifik bagi Kesihatan Awam
- 1991: Jasa Teramat Luhur, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia
- 1993: Anugerah Safe Motherhood pertama oleh Persatuan Kesihatan Ibu & Bayi Malaysia
- 1996
: Anugerah pertama Keahlian Seumur Hidup Institut Pengurusan Wanita
: Serikandi Malaysia-Yayasan Wanita Islam - 2002: Anugerah Emas Kehormat, Persatuan Badminton Melayu Malaysia
- 2003: Dianugerahkan darjah Seri Setia Mahkota Malaysia yang membawa gelaran Tun
- 29 Julai 2004: Companion Award Perkongsian Komanwel bagi Pengurusan Teknologi (CPTM)
- 21 Nov 2010: Anugerah Paduka Srikandi 2010 – Persatuan Pandu Puteri Malaysia
- 28 Okt 2015: Anugerah Berprestij Perkhidmatan Awam Kemanusiaan 2015
- 13 Nov 2018: Anugerah Perkhidmatan Alumni Cemerlang, National University of Singapore
- 16 Julai 2019: Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pembangunan Sumber Manusia Asia (HRD)
- 21 Ogos 2019: Anugerah ‘Ibu Negara’ oleh Institut Strategi & Kepimpinan Asia (ASLI)
- 18 Dis 2020: Nona Superwoman Award 2020
- 2022: MMU menganjurkan Konsert Orkestra Simfoni Siti Hasmah sempena ulang tahun ke-25 universiti itu, dengan Dr Hasmah turut membuat persembahan biola
- 11 Ogos 2026: Pengiktirafan ASEAN Records dan ASIA Records
Rekod ASEAN: Pasangan kepada Bekas Perdana Menteri Masih Hidup Yang Tertua
Rekod Asia: Bekas Ketua Kerajaan Pertama dan Pasangan yang Mencapai Usia “Centenarian”
KERJAYA
- 1955: Doktor Pelatih, Hospital Kuala Lumpur (Doktor wanita Melayu kedua di Malaysia)
- 1956: Pegawai Perubatan Hospital Besar Alor Setar, Kedah
- 1963: Pegawai Perubatan Kedah Utara
- 1964: Pemangku Penguasa Perubatan, Hospital Besar Alor Setar (Wanita pertama dilantik ke jawatan ini)
- 1965: Pegawai Perubatan, Jabatan Kesihatan Ibu & Anak, Jitra, Kedah (Wanita pertama dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Kesihatan Ibu dan Anak)
- Feb 1974: Pegawai Kesihatan Negeri Kedah untuk kesihatan ibu & anak (Wanita pertama dilantik ke jawatan ini)
- Nov 1974
: Pegawai Perubatan & Kesihatan, Institut Kesihatan Awam, Kuala Lumpur
: Pensyarah, Bahagian Ibu Mengandung & Kesihatan Kanak-kanak, Institut Kesihatan Awam - Jan 1979: Bersara daripada sektor kerajaan

Gambar BERNAMA: DR Siti Hasmah merasmikan Mesyuarat Keempat Program Wanita ASEAN di Hotel Ming Court, Kuala Lumpur, pada 15 Februari 1985.
LAIN-LAIN JAWATAN
- 1979: Penaung Yayasan Pediatrik Malaysia
- 14 Nov 1981 – 2003: Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia
- 1986
: Ahli Kehormat Persatuan Alumni Kolei Perubatan King Edward VIl
: Penaung Persatuan Pemulihan Orang-orang Cacat Selangor & Wilayah Persekutuan
: Penaung Persatuan Pan-Pasifik & Wanita Asia Tenggara - 1986
: Penaung Puteri Islam Malaysia
: Penaung Persatuan Suri & Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia
: Penaung Persatuan Badminton Malaysia - Okt 1993: Penaung Amal Pelarian Bosnia di Croatia
- 5 Sept 1995 – Sept 2000: Pengerusi Jawatankuasa Pengemudi Kawasan berhubung dengan Wanita Luar Bandar & Pulau bagi Asia Pasifik
- 1997 – 2012: Canselor Pertama Universiti Multimedia (MMU)
- 16 Okt 1997: Presiden Jawatankuasa Pengemudi Antarabangsa bagi tahun 1998/2001
- 27 sept 2000
: Penaung Jawatankuasa Pengemudi Kawasan
: Pengerusi Wanita Pertama Jawatankuasa Pengemudi Kawasan Asia Pasifik Kebangsaan ke-17
: Penasihat Yayasan Pembangunan Masyarakat Kubang Pasu & Yayasan Bestari Kuala Lumpur - 29 Okt 2018: Pengerusi Pertubuhan Amal & Kebajikan Isteri-isteri Pemimpin Pakatan Harapan (Kasih Malaysia)
POLITIK
- Ahli Wanita UMNO
- 19 Mei 2008: Mengumumkan keluar daripada UMNO bersama suaminya, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
- 4 April 2009: Menyerahkan borang permohonan untuk menyertai semula UMNO bersama suami dan anaknya, Datuk Mokhzani Mahathir.
FT Image: Anwar Ibrahim
