Walaupun terdapat lambakkan aplikasi cari jodoh dalam negara atau secara global, tidak dinafikan bahawa proses untuk mengenali seseorang itu masih susah. Namun, ini tidak mematahkan semangat kerajaan negeri Terengganu apabila membangunkan sendiri aplikasi cari jodoh khas untuk rakyat Terengganu!
Aplikasi bernama ‘Jodoh Darul Iman’ itu akan memudahkan rakyat negeri tersebut mencari jodoh secara percuma. Difahamkan, aplikasi berkenaan yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat Top IT Industries Sdn Bhd kini sudah 97 hingga 98 peratus siap.
Baca juga: Jodoh Dah Jumpa Tapi Bakal Mentua ‘REJECT’ Sebab Anda Kerja Dalam 7 Bidang Ini, Pedihnya Hati!
TERENGGANU BANGUNKAN APLIKASI CARI JODOH UNTUK MUDAHKAN RAKYAT
Menurut portal rasmi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, terdapat beberapa syarat yang ditetapkan yang perlu dipenuhi oleh pengguna aplikasi berkenaan. Antara syaratnya adalah :
1.Pengguna mestilah merupakan rakyat negeri Terengganu, sama ada lelaki atau perempuan.
2.Berumur 21 tahun dan ke atas.
3.Pengguna yang mahu mencari jodoh menerusi aplikasi berkenaan mestilah individu yang belum berkahwin atau ibu/bapa tunggal yang berhasrat mencari jodoh.
4.Untuk pengguna yang belum berkahwin, mereka hanya boleh mencari jodoh melalui aplikasi tersebut untuk perkahwinan kali pertama sahaja dan bukan untuk tujuan poligami.
Menurut YPKT, aplikasi berkenaan bertujuan memberi peluang kepada golongan yang belum berkahwin untuk mendapatkan jodoh dengan mudah. Hal ini kerana, situasi mencari jodoh secara fizikal dikatakan agak sukar pada zaman sekarang dan kekurangan masa.
Selain itu, ia juga untuk menolong golongan yang berkeinginan untuk berkahwin bagi mendapatkan pilihan calon yang memenuhi kriteria kedua-dua belah. Pada masa yang sama, aplikasi Jodoh Darul Iman juga dibangunkan untuk mencipta suasana yang selesa diantara generasi muda yang ingin memulakan kehidupan baharu.
*Harap negeri lain pun boleh buat juga atau kita gabung beberapa negeri supaya banyak pilihan lagi?
Baca juga: Pakar Senarai Top 10 Kerjaya Yang Berpotensi Untuk CURANG Dengan Pasangan, Tak Sangka Ya!