Famili

Perkahwinan Muda Rekod Kadar Perceraian Paling Tinggi, Ini Kumpulan Umur Paling ‘Bahaya’!

2
SHARES
kahwin muda

Perkahwinan muda dikategorikan sebagai masih berada di bawah usia 10 tahun ikatan perkahwinan. Bukan itu sahaja, kebanyakan pasangan di dalam fasa ini pun memilih untuk kahwin muda tanpa memikirkan tentang komitmen yang perlu ditanggung kelak.

Tidak hairanlah menurut laporan terbaharu, keluarga muda atau perkahwinan muda iaitu di bawah 10 tahun merekodkan kadar perceraian paling tinggi di negara ini!

Baca juga: Salah Ambil Jenis & Dos Ubat Kuat Boleh Jadi Punca Mati Malam Pertama, Bahaya!

PASANGAN KAHWIN MUDA REKOD PERCERAIAN PALING TINGGI!

kahwin muda

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ia mengambil kira purata umur rakyat Malaysia yang memasuki ikatan perkahwinan pada umur antara 27 dan 28 tahun.

Menurutnya, berdasarkan Laporan Perangkaan Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2023, perceraian tertinggi dicatatkan dalam kumpulan umur 35 hingga 39 tahun bagi lelaki dan 30 hingga 34 tahun bagi perempuan.

“Dalam usaha memperkasakan institusi keluarga, KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) telah memperkenalkan program-program bersesuaian di pelbagai fasa perkahwinan, iaitu dari sebelum perkahwinan, di awal perkahwinan serta seiring dengan perkembangan keluarga”.

Tambah beliau, setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga, kursus praperkahwinan yang ditawarkan oleh LPPKN menyasarkan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta tentang persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Disebabkan kadar perceraian dalam kalangan perkahwinan muda yang tinggi, LPPKN telah membangunkan program tambahan ‘SMARTSTART 2nd Honeymoon’, iaitu program bagi memperkasakan perkahwinan khusus kepada pasangan dengan usia perkahwinan lima tahun ke atas,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Afnan Hamimi Taib Azamuddin (PN-Alor Setar) mengenai perancangan KPWKM bagi mewujudkan pelan pemerkasaan keluarga terutama yang baru memasuki fasa lima tahun pertama perkahwinan dalam kalangan pasangan muda.

Tambah Nancy, LPPKN juga menyediakan perkhidmatan perancangan keluarga bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga manakala bagi pasangan yang menghadapi masalah mendapatkan anak, perkhidmatan rawatan kesuburan juga ditawarkan.

Baca juga: Makin Ramai Suami Pilih Jadi Suri Rumah, Trend Meningkat Sebanyak 70 Peratus!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×