Famili

Kerajaan Bakal Gubal Undang-Undang Wajib Ke Sekolah Menengah, Elak Kahwin Bawah Umur

7
SHARES
perkahwinan bawah umur

Seperti yang sudah diketahui, dalam sistem undang-undang Malaysia, had umur perkahwinan yang dibenarkan adalah 18 tahun bagi lelaki manakala 16 tahun bagi perempuan. Walaupun dalam Islam sendiri tidak meletakkan had tertentu umur untuk dibenarkan berkahwin, perkara ini tidak boleh dipandang mudah selari dengan peredaran zaman kerana terlampau banyak perkahwinan bawah umur terjadi!

Tambahan pula, banyak kes yang melibatkan pelajar sekolah yang semakin ‘memupuk’ minat untuk berkahwin muda atau bawah umur ini kelihatan agak merisaukan. Hal ini juga kerana, undang-undang yang tidak mewajibkan kanak-kanak menyambung pelajaran sehingga ke sekolah menengah dilihat makin longgar.

WAJIB KE SEKOLAH MENENGAH, ELAK PERKAHWINAN BAWAH UMUR

perkahwinan bawah umur

Oleh itu Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Kementerian Pendidikan bakal menggubal undang-undang bagi mewajibkan kanak-kanak belajar hingga ke peringkat sekolah menengah bagi mengelakkan isu perkahwinan di usia muda.

Beliau yang turut menyatakan bantahan terhadap perkahwinan bawah umur berkata, perkahwinan di peringkat kanak-kanak bukan sahaja akan membunuh potensi mereka, malah ia akan menghalang mereka dari mendapatkan pendidikan yang sewajarnya.

Ketika ini, undang-undang sedia ada hanya mewajibkan persekolahan di peringkat rendah jadi perkara tersebut dilihat makin dipandang ringan sedangkan mereka sepatutnya berada di peringkat sekolah menengah dan lebih tinggi lagi. Dalam masa yang sama juga diskriminasi jantina dalam kalangan masyarakat akan timbul sekiranya isu berhubung perkahwinan kanak-kanak ini tidak ditangani.

“Oleh itu setiap lapisan masyarakat termasuk ibu bapa, agamawan dan media perlu memainkan peranan bagi memperkasakan pendidikan dalam kalangan wanita sejak di bangku sekolah lagi,” ujarnya.

perkahwinan bawah umur

Pada tahun lalu, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menggesa agar semua negeri meningkatkan umur minimum perkahwinan kanak-kanak perempuan.

Menurutnya, mereka yang berkahwin ketika kanak-kanak sering berhenti persekolahan dan ia akan meletakkan mereka dalam prospek ekonomi yang terhad untuk seumur hidup.

Sumber: Samudera.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×