Asuh

NO! NO! NO! Jangan Cium Bahagian Mulut Anak, Mereka Pun Tak Terlepas Rasa Terangsang!

14
SHARES
cium mulut

Sejak kebelakangan ini seringkali kita dengar dan terbaca di berita utama apabila masih banyak gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, penting juga untuk ibu bapa sendiri tahu tentang sensitiviti seksualiti anak-anak apabila bersama dan bergurau dengan mereka. Ini juga termasuklah dengan perkara yang sering dilakukan antara mak ayah dan anak-anak iaitu cium mulut anak.

Sebenarnya, perbuatan ini perlu dielakkan kerana anak-anak kecil juga boleh mendapat rangsangan kerana ini merupakan bahagian paling supersensitif!

NO!NO! JANGAN CIUM MULUT ANAK, ITU HAL EKSKLUSIF ANAK

cium mulut

Perbuatan mencium mulut anak tidak boleh dilakukan dan dibiasakan kerana bibir termasuk dalam private part yang hanya anak-anak sahaja boleh pegang.

Private part yang anak sahaja boleh pegang adalah bibir, dada , zakar/ faraj, punggung dan paha . Ini hak ekslusif mereka sahaja.

Kalau masih kecil, zakar dan faraj terpaksa kita sentuh untuk tolong basuhkan ,apabila mereka dah diajar dan boleh basuh sendiri, kita sebagai ibu bapa dan orang dewasa dah tak boleh sentuh. Anak-anak dah boleh diajar basuh ketika toilet training berumur 3 tahun.

Saya amat galakkan anak diajar untuk toilet training apabila mereka dah bersedia kerana ia sangat membantu dalam membina keyakinan diri anak dan mengurangkan campur tangan orang lain dalam urusan toilet training yang semestinya melibatkan private part anak.

1. Bibir termasuk dalam anggota private part dan juga anggota seksual

2.Bibir ini sangat sensitif dan membuatkan manusia terangsang .

3.Bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal sahaja iaitu suami dan isteri.

4.Kawasan bibir adalah kawasan yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat itu jadi supersensitif.

5.Dibimbangi boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya meningkat ke umur 5 – 6 tahun nanti.

KANAK-KANAK TAK TERLEPAS DARI RASA ‘PLEASURE’

cium mulut

Kanak-kanak kecil tak terlepas daripada rasa pleasure akibat rangsangan itu. Bahaya sebenarnya kalau kita merangsang bukan pada tempatnya, ( tempatnya adalah bila lepas berkahwin, antara suami isteri ).

Ibubapa kena berhati-hati jangan biar anak melihat ciuman di bibir untuk pasangan. Biar tertutup rapi kemesraan itu daripada pandangan anak.

Andainya ciuman ringan di pipi dan dahi pasangan, itu tidak mengapa. Mungkin anda masih bergurau mesra dengan kanak-kanak dengan mencium bibir mereka, hentikan dan gunakan cara lain yang lebih baik untuk bergurau dengan mereka.

Sumber: Wan Nur Syakira

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×