Asuh

Tiga Waktu Ini Paling Penting Untuk Momen ‘Parents-Kids’ Supaya Anak Rasa Disayangi

11
SHARES

Siapa sahaja yang tidak ingin diri rasa disayangi bukan? Tambah pula bagi anak-anak yang sedang melalui proses mendewasakan diri, kasih sayang dari ibu bapalah yang akan membentuk peribadi mereka. Mungkin menjadi trend kini bagi mak ayah menunjukkan kasih sayang dengan membawa anak berjalan-jalan dan bercuti, namun tidak semua mempunyai kemampuan yang sama.

Ternyata, anda mempunyai tiga waktu penting dalam kehidupan seharian untuk mencipta momen ‘parents-kids’ yang dikongsikan oleh Doktor Malar di laman Twitternya supaya anak rasa disayangi sehingga dewasa. Tidak perlu berbelanja mewah kerana kebahagiaan yang diciptakan bersama ini berkonsepkan sederhana namun impak positif yang sangat tinggi.

Baca juga: “Ini Antara 15 Kesalahan Semasa Mengajar Anak Yang Saya Kesal Sampai Sekarang..”

TIGA WAKTU PALING PENTING UNTUK MOMEN ANAK-ANAK

Sekarang ni macam trend, parents kena bawak anak-anak pergi holiday,shopping mall, jenjalan dan macam-macam lagi dengan niat nak bagi anak rasa disayangi.

Tapi sebenarnya, ada’ 3 MOMENT PARENTS-KIDS’ yang SANGAT penting nak bagi anak-anak rasa disayangi.

1) BANGUN TIDUR DI PAGI HARI

Moment paling penting, sebab sampai budak tu besar panjang akan terpahat dalam hati dia. Mak jangan kejut anak terjerit-jerit atau dengan nada tergesa-gesa. Terlambat macam mana pun, usap rambut dia sikit, kucup dahi & bisikkan, “Bangun sayang”. BISIK adalah kata kunci.

2)PULANG DARI SEKOLAH

Sama ada anak balik sekolah, atau mak balik kerja, peluk kuat-kuat, cium sikit & ucapkan “Mommy missed you, how was your day?” Esok lusa bila dia dah besar & ada masalah, dia tahu kalau balik rumah mak akan peluk kuat-kuat dan cium. Sebab tu moment ni sangat penting.

3) MALAM BILA NAK MASUK TIDUR

Ucapkan terima kasih & ajar anak bersyukur sebelum tidur. Terima kasih sebab tolong mak cuci pinggan petang tadi. Thanks sebab mengalah bila bergaduh dengan adik tadi. Syukur kita ada rezeki pergi shopping tadi. Syukur Nenek masih sihat dan bersama kita.

Tiga moment ni sangat penting bila anak-anak membesar sebab ia akan memberi impak besar dalam minda mereka. Sebagai Ibu, memang kita sayangkan anak kita, tapi kita sering terlupa atau tak sempat nak ucap kata-kata sayang tu.

Zahirkan perasaan anda dalam moment ni agar ia terpahat dalam hati mereka.

Walaupun ucapan dan kucupan dari Ibu yang akan memberi impak paling tinggi dalam minda dan memori anak-anak, bagus jugak kalau si Ayah buat benda yang sama.

Malah, kalau Ibu & Ayah boleh bergilir menghargai anak dalam 3 MOMENT ini, nescaya ia akan memberi IMPAK POSITIF PALING TINGGI.

Sumber: Twitter Dr.Malar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×