Asuh

“Ini Antara 15 Kesalahan Semasa Mengajar Anak Yang Saya Kesal Sampai Sekarang..”

149
SHARES

Mendidik anak-anak yang kian membesar bukanlah perkara yang mudah. Tambah pula dengan pengaruh media sosial yang kian pesat menjadikan anak-anak lebih cenderung ke arah negatif. Sebab itulah kalau didikan mak ayah zaman dahulu ada yang terlampau garang sampai takut anak-anak dibuatnya.

Tapi, penting juga untuk mak ayah sedar bahawa teknik yang digunakan oleh mak ayah zaman dahulu sudah tidak boleh dipraktikkan dek kerana perangai anak-anak yang kian berubah. Maklumlah, kalau zaman sekarang makin ditegah makin dibuat oleh itu marilah sama-sama kita belajar 15 kesilapan dalam mengajar anak-anak. Jangan menyesal….

Baca juga: Bapa Kongsi Kelebihan Buat Simpanan SSPN Untuk Anak, Serendah RM30 Sebulan Je!

15 KESILAPAN MENGAJAR ANAK, JANGAN MENYESAL…

15 kesilapan mengajar anak yang saya menyesal sampai sekarang. Jadikan ibrah….

1. Terlalu garang masa mengajar, kesannya sampai sekarang anak takut kalau nak minta saya ajar.

2. Terlalu memaksa anak melampaui kemampuan dia, natijahnya anak selalu stress kalau belajar dengan saya.

3. Marah bila anak diam & tak nak jawab pertanyaan saya. Aduhai.

4. Terlalu nak perfect sangat, tulisan comot sikit tak boleh, senget sikit tak boleh.

5. Tak peduli kondisi emosi anak ketika itu, main marah je jika anak tak nak belajar.

6. Letak expectation yang tinggi melampau. Tanpa peduli kemampuan & keupayaan dia.

7. Banyak fokus pada nak hebat akademik sahaja, sedangkan adab & akhlak terabai.

8. Bila anak cakap “saya tak pandai” memang kena marah kaw kaw.

9. Asyik bagi arahan bukan ajakan motivasi, inspirasi jarang. “Pergi belajar sekarang!”

10. Lupa anak bukan belajar yang kita ajar sahaja tapi anak belajar juga sikap & emosi kita ketika mengajar dia. ( our action )

11. Hanya puji bila anak berjaya dapat result baik. Terlalu result oriented..

12. Jarang sangat memuji usaha anak sedangkan usaha tu la yang memberi result. ( Effort oriented )

13. Amalkan instant gratification. Sentiasa nak result cepat, hari ni ajar esok kena pandai.

14. Marah kalau kena ulang ulang cakap benda yang sama. Sedangkan ulangan itu mother of knowledge, bagus untuk anak..

15. Jadikan anak trofi. Memang tak boleh dengar kalau anak dapat tempat tercorot dalam kelas memang benggang habis.

Sungguh!

Menyesal sangat. Semoga nasihat & sharing jujur ini dapat la menyentuh hati hati setiap ibu ayah yang ikhlas sayang pada anaknya. Didik anak berpada-pada. Bukan hanya fokus pada cerdas IQ sahaja tapi sebaiknya cerdas sekali EQ & SQ dia. Itu lebih baik. Wallahu A’lam..

Sumber: Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×