Asuh

Bapa Kongsi Kelebihan Buat Simpanan SSPN Untuk Anak, Serendah RM30 Sebulan Je!

41
SHARES
akaun SSPN

CARA BUKA AKAUN SSPN

Membuat simpanan untuk masa hadapan adalah amat penting bagi memastikan kehidupan yang terjamin. Bukan sahaja dari segi wang ringgit, malah simpanan seperti emas dan perak juga boleh dijadikan jaminan jika berlaku kecemasan pada masa akan datang. Namun, berikutan banyak kes yang melibatkan penipuan dalam akaun bank atau ‘scam’ ramai yang makin gusar untuk menyimpan wang dalam akaun bank.

Oleh itu, seorang ayah di laman Facebook berkongsikan tempat simpanan duit yang selamat dan bagus untuk anak-anak iaitu di Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) serendah RM 30 sebulan! Memang beri manfaat kepada masa hadapan anak.

Baca juga: Takut Kena ‘Scam’ Akaun Bank? Ini 9 Tempat Simpan Duit Yang Lebih Selamat

BAPA KONGSI KELEBIHAN BUAT SIMPANAN SSPN UNTUK ANAK-ANAK, SERENDAH RM30 SEBULAN!

akaun SSPN

Alhamdulillah.. ada duit lebih sikit kita simpan untuk masa depan anak-anak. Cara saya, sebelum belanja simpan dulu. Kalau belanja dulu, memang tak ada simpanannya. Nak simpan di mana tu terpulang, mana mana yang ada manfaat buat la asalkan ada simpanan.

Macam saya pilih simpan di Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN ) untuk ketiga tiga anak. Termasuk yang baby 10 bulan.. Bagi saya platform SSPN ni antara simpanan yang paling berbaloi dan selamat buat anak-anak. Sebagai pemberi nafkah utama keluarga, perlindungan ke atas diri saya ( ketua keluarga ) sangat sangat penting. Sekiranya apa-apa berlaku pada saya, mati, sakit atau cacat sekalipun anak-anak tak terbiar.

Dengan simpanan RM50 sebulan ( pakej delima ) yang saya pilih, RM40 di simpan terus dan RM10 lagi adalah untuk takaful.Serampang dua mata. Simpanan dapat, perlindungan pun dapat. Perlindungan ini pula dalam bentuk hibah, BUKAN FARAID tau.. jadi tak ada orang lain boleh tuntut melainkan dapat kepada penerima manfaat iaitu anak kita la. Korang boleh tengok sendiri la table manfaat dari takaful kat bawah tu.. memang super berbaloi dengan bayaran RM10 je sebulan…

Btw, berapa simpanan nak buat tu ikut kemampuan. Serendah RM30 pun boleh. Yang penting boleh konsisten menyimpan lama. Baru nampak duit membiak dengan dividen setiap tahun. Eh, nak buka akaun SSPN sekarang dah tak payah beratur kat kaunter, buka secara online je senang.. Pastikan ada internet, online banking dan detail anak semua dah boleh terus buka.

Link buka akaun baru klik sini: https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000009770

Dah ada akaun nak tambah deposit : https://www.ptptn.gov.my/sspniplusonline/deposit/…

Kebetulan hari jumaat ini. Tak ada sedekah yang lebih afdal di hari jumaat melainkan sedekah pada ahli keluarga sendiri..
Lagi satu. Dengan menyimpan di SSPN kita boleh dapat pengecualian cukai sehingga RM8,000 tau. Ini dah serampang 3 mata….

Semoga bermanfat.. p/s : Penting di bahagian terakhir untuk bayaran jangan klik butang “fpx” ada error nanti, terus klik butang “teruskan”

Sumber: Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×