Famili

Cara Buka Akaun SSPN-i Pendidikan Secara Online, Tak Sampai 10 Minit Dah Siap!

35
SHARES

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

Jadi, kalau anda bercadang nak buat pinjaman PTPTN ni, anda WAJIB kena ada akaun SSPN. Syarat ni ditetapkan untuk elak peminjam gagal bayar hutang.Simpanan SSPN yang ada tu akan digunakan untuk settlekan hutang lepas habis study nanti. Bukan sahaja boleh didaftarkan oleh pelajar, malah jika ada ibu bapa yang mahu membuka akaun ini buat anak-anak sejak dari umur awal pun boleh.

5 langkah mudah membuka akaun SSPN-i Plus secara online

Tapi, skim ni bukanlah sekadar tabung simpanan untuk pendidikan je tau. Selain  diwujudkan untuk elak jumlah peminjam yang gagal bayar daripada terus meningkat, SSPN jugak boleh bantu kewangan anda. Jom kita tengok cara-cara untuk daftar secara online.

1.Klik website untuk info lebih lanjut www.sspniplus.com.my

1. Langkah pertama masukkan no ic anda dan anak anda.

– pilih pakej SSPN-i Plus pilihan anda

– ada pakej RM30, 50, 100, 200, 300, 500.

2. Lengkapkan butiran diri anda dan anak anda.

3. Pilih sama ada mahu lakukan potongan autodebit, direct debit atau potong gaji bagi potongan berkala.

4. Lakukan deposit pembayaran pembukaan akaun.

5. Selesai urusan simpan resit dan salinan pembukaan akaun.

-Bagi pembukaan akaun memerlukan deposit sebanyak 2 bulan mengikut pakej.

-Autodebit bank yang diterima: maybank, rhb, bank islam dan bsn.

-Jika tidak mempunyai 4 jenis bank di atas, anda pilih direct debit.

Segala urusan pendaftaran hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit. Mudah dan selamat. Klik di pautan pantas di bawah jika ingin buka terus akaun SSPN-i Plus: https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/ssp…/Register.aspx

Sumber: SSPN-i Plus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×