Famili

5 ‘Private Part’ Yang Mak Ayah Jangan Guna Untuk Bergurau Dengan Anak

Seringkali kita dengar dan terbaca di berita utama dimana masih banyak gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, penting juga untuk ibu bapa sendiri tahu tentang sensitiviti seksualiti anak-anak apabila bersama dan bergurau dengan mereka.

Gurau tu gurau juga, pastikan anda jangan guna 5 tempat sulit atau private part ini apabila bergurau senda bersama anak-anak ya!

Artikel berkaitan: Doktor Jelas 6 Fasa ‘Sexual Grooming’ Mak Ayah Wajib Tahu, Bahaya!

5 PRIVATE PART JANGAN GUNA UNTUK BERGURAU DENGAN ANAK

Geram bila ada yang guna “Private Part” anak untuk bergurau senda. Masa baby dulu boleh la gomol perut anak ketawa, bila masuk umur 4 tahun ke atas masih lagi duk gomol perut anak.

Tu bukan bergurau, tu nak anak terangsang! Anak dah besar, dah pakai seluar dalam pun masih lagi nak bertepuk tampar di bahagian punggung. Aduh, tobat la. Ini bahagian sulit ( Private Part ) anak yang mak ayah tak boleh guna untuk bergurau atau bermain dengan anak.

1 – Tak boleh cium di mulut

2 – Tak boleh menjilat telinga

3 – Tak boleh gosok punggung dan alat sulit anak ( baik lelaki atau perempuan )

4 – Tak boleh peluk anak tanpa pakaian

5 – Tak boleh tunjuk punggung atau alat sulit depan anak ( walaupun ada pakaian )

Imaginasi kanak-kanak ni tak ada batasan. Walaupun kita elok berpakaian tapi kalau pakaian kita ketat dan boleh nampak bentuk susuk tubuh pun diorang dah boleh fikir macam macam tau!

Malah imaginasi kanak-kanak boleh jadi lebih teruk dari orang dewasa. Sebab inilah Toilet Traning paling di rekemen ajar pada anak seawal 2 tahun, supaya mereka pandai urus cuci dan bersihkan alat sulit sendiri seawal mungkin.

Tolong ingatkan pasangan juga ilmu pendidikan seksualiti ni ya, penting!

Sumber: Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×