Famili

Doktor Jelas 6 Fasa ‘Sexual Grooming’ Yang Mak Ayah Wajib Tahu, Bahaya!

9
SHARES

Baru-baru ini viral di laman media sosial dimana terdapat video perkongsian memaparkan seorang lelaki mencium adik angkat keluarganya di bahagian bibir. Walaupun perbuatan tersebut dianggap normal bagi tuan badan, namun sebenarnya perbuatan tersebut adalah tidak sepatutnya dilakukan.

Pelbagai reaksi warganet menyatakan bahawa perbuatan tersebut membuatkan mereka agak ‘terganggu’ dan boleh dikategorikan sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak. Oleh itu, Dr.Redza Zainol tampil bagi menjelaskan kepada ibu bapa mengenai ‘Sexual Grooming’ yang ibu bapa wajib tahu.

KANAK-KANAK JADI MANGSA SEXUAL GROOMING, MAK AYAH WAJIB TAHU!

Menurut Dr. Redza, terdapat 6 fasa sexual grooming yang mak ayah wajib tahu. Ini bagi mengelakkan dari anak-anak kita seterusnya menjadi mangsa cabul dan rogol.

Si pelaku akan melakukan apa sahaja bagi mendapatkan mangsa terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak. Mereka akan menitipkan rasa kasih sayang kepada mangsa sehinggalah timbul perasaan selesa dan menjadi seperti kawan baik.

Apa yang merisaukan adalah, jika mangsa dalam kalangan anak-anak akan mula menjauhi keluarga sendiri.

*Pastikan anak-anak tidak didedahkan dengan normalisasi yang aneh dan sentiasa dipantau dengan siapa mereka berjumpa dan berkawan ya!

Sumber: Dr. Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×