Rakyat

KWSP Perkenal i-Sayang, Suami Boleh Carum 2% Untuk Isteri…Macam Ni Baru Sayang!

2
SHARES
i-Sayang

Berita baik untuk para isteri di Malaysia apabila suami yang merupakan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memindahkan dua peratus daripada caruman bulanan mereka kepada akaun isteri melalui kemudahan i-Sayang.

Ini bermakna, setiap bulan suami akan mencarum sebanyak sembilan peratus dengan baki dua peratus lagi dipindahkan kepada akaun isteri! Wah wah boleh tahan seronok juga dapat simpanan asing macam ni kan?

KWSP PERKENAL i-SAYANG, SUAMI BOLEH CARUM 2% KE AKAUN ISTERI

i-Sayang

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata kemudahan terbaharu itu adalah hasil kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Kemudahan i-Sayang adalah sebahagian daripada usaha berterusan KWSP untuk memperluaskan jaringan keselamatan sosial kepada institusi kekeluargaan.

Inisiatif  i-Sayang ini juga membolehkan suami untuk mencarum secara sukarela sebanyak dua peratus caruman bulanan, ia memberikan peluang kepada isteri untuk mempunyai simpanan jangka masa panjang di samping mendapat akses kepada keselamatan sosial dan kewangan yang berkualiti sepertimana yang dinikmati oleh ahli KWSP.

1.Syarat Kelayakan

SUAMI – PEMBERI

-Warganegara Malaysia atau bukan warganegara

-Ahli KWSP

-Belum mencapai umur 75 tahun

-Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

ISTERI – PENERIMA

-Warganegara Malaysia

-Ahli KWSP

-Belum mencapai umur 75 tahun

-Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

i-sayang

2.Cara Buat Permohonan

Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:

-i-Akaun (Ahli); ATAU

-Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

-Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.

Sumber: Berita Harian, KWSP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×