Rakyat

Ahli KWSP Kini Boleh Beli Insurans & Takaful Guna Akaun 2

57
SHARES

Berita baik buat ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda kini boleh membeli produk insurans dan takaful yang merangkumi perlindungan hayat serta penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.

Pembelian tersebut boleh dilakukan melalui platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli, dengan tawaran perlindungannya berkuat kuasa serta merta.

Baca juga: Ahli KWSP Kena Tunggu Lebih Lama Sebelum Layak Buat Pengeluaran Akaun 2- KWSP

AHLI KWSP KINI BOLEH BELI INSURANS & TAKAFUL GUNA AKAUN 2

Tawarn i-Lindung bertujuan memudahkan pembelian produk insurans dan takaful. Ia merangkumi perlindungan hayat dan penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.

Bagi ahli yang ingin membeli produk insurans dan takaful, anda boleh melakukannya melalui platform i-Lindung yang terkandung dalam portal i-Akaun (Ahli) KWSP.

Syarikat insurans dan pengendali takaful itu adalah FWD Takaful Bhd, Prudential Assurance Malaysia Bhd, Prudential BSN Takaful Bhd, Etiqa Life Insurance Bhd dan Etiqa Family Takaful Bhd.

Platform layan diri i-Lindung boleh diakses pada bila-bila masa dan dalam masa yang sama membolehkan ahli mendapatkan maklumat produk sedia ada berserta harga dan memperoleh sebut harga sebelum melakukan pembelian pada bila-bila masa.

Selain itu, polisi/sijil yang telah dibeli juga akan disertakan, seterusnya memudahkan ahli untuk merujuknya dengan pantas dan selamat.

Untuk nilai tambah, syarikat insurans dan pengendali takaful di platform i-Lindung mampu menyediakan perlindungan tambahan dan menyesuaikan harga produk mereka mengikut kemampuan ahli.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, menerusi Program Transformasi GLC yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memacu pemulihan dan pembinaan semula ekonomi negara pasca-pandemik melalui ekosistem syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), salah satu aspek terpenting adalah pengukuhan perlindungan sosial dan tanggungjawab diberikan kepada KWSP.

“Perlindungan melalui insurans/takaful adalah antara komponen utama bagi kesejahteraan kewangan yang KWSP menggalakkan ahli untuk mendapatkannya bagi melindungi mereka daripada ketidaktentuan kewangan,” jelasnya.

Maklumat lanjut mengenai Pelan Perlindungan Ahli i-Lindung boleh dirujuk menerusi saluran komunikasi rasmi KWSP melalui laman web www.kwsp.gov.my, atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×