Suami Isteri

Peguam Jelas Bekas Isteri Boleh Ambil Caruman KWSP Bekas Suami Sebagai Nafkah, Tak Boleh ‘Lari’!

13
SHARES
caruman kwsp

Isu mengenai pemberian nafkah setelah berlaku perceraian seringkali menjadi isu panas. Mana tidaknya, ada pihak yang sangat ‘liat’ untuk membayar nafkah dan ada juga sesetengah pihak yang mengatakan nafkah diberi tidak cukup. Jadi, untuk bekas isteri semua, sebenarnya anda boleh ambil caruman KWSP bekas suami sebagai nafkah!

Ramai yang terlepas pandang akan hal ini. Oleh itu, berikut merupakan penjelasan peguam syarie yang boleh dijadikan rujukan kepada bekas-bekas isteri yang tidak mendapat nafkah sepatutnya.

Baca juga: Tak Salah Nak Kahwin Baharu Tapi Si DUDA ADA ANAK Jangan Buat-Buat Lupa 7 Nafkah Wajib Ini!

CARUMAN KWSP BEKAS SUAMI BOLEH DIJADIKAN NAFKAH BEKAS ISTERI

caruman kwsp

Foto contoh: Viral Media Johor

Caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bekas suami boleh diambil oleh bekas isteri sebagai nafkah. Namun, ia hanya boleh dilakukan atas arahan daripada Mahkamah Syariah.

Menurut peguam syarie Mohd Firdaus Akhtar, ada beberapa kaedah yang mahkamah boleh gunakan untuk proses siasatan terhadap kemampuan bekas suami, antaranya melalui perintah permohonan penzahiran dokumen yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah.

Mohd Firdaus berkata demikian ketika diminta mengulas isu nafkah kepada bekas isteri serta anak yang gagal dipenuhi oleh bekas suami atau si bapa walaupun ia sudah diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Pada masa sama, bukan KWSP saja, wanita yang tidak dinafkahi bekas suami juga boleh mendapatkan bantuan nafkah daripada Biro Sokongan Keluarga (BSK).

“Bekas isteri atau anak boleh membuat aduan kepada BSK. Seterusnya pegawai BSK akan menjalankan tindakan lanjut seperti mengadakan sesi runding cara membabitkan kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan penyelesaian.

“Jika tiada penyelesaian dicapai, maka kes penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah akan difailkan di Mahkamah Syariah,” katanya.

BIRO SOKONGAN KELUARGA PUN BANTU TERUTAMA KES BEKAS SUAMI CULAS

caruman kwsp

Foto: MauKerja

Menurutnya, BSK memang berusaha untuk membantu golongan wanita terutamanya membabitkan kes bekas suami ‘lari’ dan enggan membayar nafkah. Pada masa sama, menurut Mohd Firdaus, sikap suami yang culas dalam melaksanakan tanggungjawab selepas bercerai antara punca bekas isteri terpaksa menuntut nafkah idah, mut’ah.

Kata Mohd Firdaus, isu tuntutan ini bertambah rumit apabila membabitkan isu kewangan. Hal ini kerana, isu tuntutan nafkah boleh dikaitkan dengan kewangan rumah tangga. Jika ada masalah kewangan dalam rumah tangga, apabila lepas bercerai, memang akan memberi kesan kepada bekas isteri dan anak, kalau ada anak.

Menurut beliau, selepas perceraian, nafkah anak memang banyak yang dituntut oleh wanita.

“Boleh dikatakan ia isu utama, terbesar dalam tuntutan selepas perceraian. Maksudnya, tuntutan yang paling banyak adalah nafkah anak-anak. Nafkah anak dan juga nafkah isteri itu selari. Malah, ia menjadi antara tuntutan yang famous di mahkamah syariah,” katanya.

Kesimpulannya, nafkah isteri dan anak selepas bercerai adalah hak yang tidak boleh diabaikan. Ia adalah tanggungjawab yang diperintahkan oleh agama dan undang-undang untuk memastikan kebajikan bekas isteri dan anak-anak terjaga. Bekas suami perlu menjalankan kewajipannya dengan amanah, sementara pihak yang memerlukan nafkah harus mengetahui hak mereka dan menggunakan saluran undang-undang jika perlu.

Dengan memahami hak dan tanggungjawab masing-masing, kehidupan selepas perceraian dapat dilalui dengan lebih tenang dan harmoni, terutamanya demi kebajikan anak-anak yang menjadi keutamaan.

Baca juga: Bila Dah Kahwin, Suami WAJIB Utamakan Nafkah Kepada Isteri Atau Ibu Bapa Dahulu?

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×