Isu berkaitan pemberian nafkah anak sering menjadi perbualan hangat. Terutamanya dalam golongan ibu tunggal, mereka sering mengatakan amat sukar untuk membuat bapa kepada anak ‘tertib’ dalam urusan pemberian nafkah kepada anak-anak. Malah apa yang menyakitkan hati lagi adalah, nafkah anak culas tapi pilih untuk kahwin baharu!
Telatah berlagak bujang ini adalah sangat memalukan lantas, seorang peguam syarie, Fahmi Ramli tampil memberi peringatan mengenai nafkah anak yang wajib ditanggung oleh seorang duda.
Baca juga: Dah Kahwin Pun Bapa Masih Belikan Barang Dapur Penuh Baldi, Kasih Ayah Ini Buat Ramai Tersentuh
ABANG DUDA JANGAN BERLAGAK BUJANG, INI SENARAI NAFKAH ANAK KENA TANGGUNG WALAUPUN DAH BERPISAH!
1) Makan dan minum
Anggaran kasar adalah RM15 sehari (minimum) untuk tiga kali makan. Sepatutnya untuk seorang anak yang makan minumnya seperti biasa adalah RM450 seorang sebulan.
2) Lampin pakai buang
Duda yang mempunyai anak kecil, jangan abaikan bab ini. Lampin pakai buang adalah satu keperluan yang tak boleh ditinggalkan. Harganya berbeza mengikur jenama dan saiz. Ambil tahu jumlah lampin pakai buang yang diperlukan anak.
3) Susu
Sama seperti lampin pakai buang, susu adalah keperluan wajib buat seorang bayi dan anak kecil. Ambil tahu jenis susu yang diperlukan anak kerana ada jenis susu yang mungkin tidak sesuai kerana alahan dan sebagainya.
4) Belanja sekolah
Bagi anak yang bersekolah, adalah satu kebiasaan untuk diberi duit belanja. Kadang duit ini mungkin boleh diambil daripada belanja bulanan.
5) Pakaian
Pakaian bukan hanya baju semata-mata tetapi keperluan lain seperti mandian dan sebagainya. Pakaian Hari Raya juga perlu disediakan asing setahun sekali, sekurang-kurangnya dua pasang untuk seorang anak.
6) Yuran dan persediaan awal sekolah
Selain yuran, bapa wajib menyediakan pakaian serta kelengkapan sekolah sekurang-kurangnya dua pasang baju seragam bagi seorang anak.
7) Perubatan
Perubatan adalah tanggungjawab wajib bapa. Tak boleh serahkan kepada ibu untuk tanggung kos perubatan walaupun anak berada dengan si ibu. Sediakan kemudahan perubatan, contohnya seperti insurans, untuk anak sekiranya perlu.
*Tambah Fahmi lagi, tiada larangan jika lelaki yang bercerai mahu membina perkahwinan kedua namun dia wajib mendahulukan perkara yang wajib terlebih dahulu.
“Tapi anda perlu ingat, tanggungjawab nafkah anak ini sangat penting. Zalim kalau bapa tak bagi nafkah yang cukup, tapi boleh pula kahwin lain.
“Nak kahwin juga boleh, cukupkan nafkah belanja seorang anak setiap bulan. Jangan kedekut. Kalau tak mampu bagi nafkah lebih, tak payah mimpi nak kahwin lain. Tambah dosa sahaja. Puasa kalau nak tahan nafsu,” ujarnya.
Baca juga: Jodoh Dah Jumpa Tapi Bakal Mentua ‘REJECT’ Sebab Anda Kerja Dalam 7 Bidang Ini, Pedihnya Hati!
Sumber: Fahmi Rami & C0