Cantik

Wanita Kongsi 8 Amalan POWER Ibu Yang Anak Wajib Buat, Tak Sangka Petua No. 5 Rahsia Kekal Cantik!

9
SHARES
maksud zuhud dalam islam

Sentiasa merendah diri dan tidak megah dengan duniawi merupakan salah satu maksud zuhud dalam Islam. Sifat terpuji ini sering menjadi didikan dalam kalangan ibu kepada anak-anak supaya sentiasa tenang, berjaya dan kelihatan cantik!

Begitu juga dengan perkongsian seorang wanita di laman Tiktok ini apabila dia berkongsikan 8 rutin yang diajar oleh ibu sejak dari kecil. Malah, rutin ini menjadi rahsia kepada kesihatan luar dan dalaman ibunya yang kelihatan macam baru berusia 30-an.

Baca juga: Rita Rudaini Terima Anugerah IKON IBU 2024/2025, ‘Hadiah’ Manis Jaga Anak Kerana Allah SWT

IBU AJAR MAKSUD ZUHUD DALAM ISLAM, LATIH ANAK BUAT 8 RUTIN INI

maksud zuhud dalam islam

Berikut merupakan amalan dari ibu yang wajib anak-anak ikut:

1.Beri zakat

Jangan pernah lupa untuk beri zakat walaupun sedikit kepada orang yang memerlukan. Terutama sekali bila dah tahu kondisi kehidupan seseorang itu. Memberi zakat dapat merendahkan diri dan bersifat zuhud.

2.Sedekah

Ibu memang menggunakan teknik ‘paksa’ anak sedekah sekurang-kurangnya RM1 setiap hari terutamanya dalam bulan Ramadan dan selepas Subuh. Malah ibu akan menyediakan tabung dan kutip dari anak-anak setiap hari.

3.Sentuh rumput dan tanah

Amalkan untuk menyentuh dan meluangkan masa bersama alam terutama sekali tanah dan rumput. Amalan ini dapat meningkatkan hormon serotonin. Ini dapat dibuktikan apabila mak-mak yang sihat selalunya akan bermula dengan aktiviti berkebun dan mempunyai tangan subur.

4.Berkawan dengan Al-Quran

Sebagai seorang Muslim, jadikan hubungan bersama kitab Al-Quran sebagai rakan rapat. Ibu memang memastikan anak-anak khatam Al-Quran setiap bulan Ramadan dan dirinya akan khatam sebanyak 2 kali.

5.Letak embun pagi di wajah

Salah satu petua bagi mendapatkan wajah yang manis dipandang orang serta kulit cantik adalah dengan menyapu wajah menggunakan embun pagi. Ini merupakan rutin kecantikan ibu sejak dari usia 30-an.

6.Aktif bersukan

Sebagai seorang wanita Islam, tidak ada masalah untuk bersukan sambil menjaga aurat. Ini merupakan pandangan seorang ibu yang merupakan bekas guru Pendidikan Islam dan Pendidikan Jasmani.

7.Kulit pisang

Petua kulit cantik yang dikongsikan oleh ibu adalah ‘tonyoh’ kulit pisang di sekitar wajah. Ini merupakan ‘botox’ semulajadi yang telah diamalkan.

8.Guna sejadah yang orang beri

Ikut pesanan ibu, kalau boleh gunakan semua sejadah dari pemberian hadiah kerana ini akan membantu menambah pahala kepada si pemberi. Kadang-kadang, sehari boleh guna 3 sejadah yang dilapik bersama.

maksud zuhud dalam islam

*Bila amalan ini dikongsikan dari seorang ibu, mestilah kita kena amalkan, betul tak? Jadi, inilah masanya untuk memanfaatkan ilmu tersebut dan berubah menjadi individu yang lebih baik.

Baca juga: Petua Guna 2 Bahan Je Untuk Hilangkan Bulu Ketiak Secara Kekal, ‘Bebas’ Bulu!

Sumber: Tiktok @areenaznl

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×