Siapa yang tidak mengenali figura cantik, jelita dan peramah ini iaitu pelakon terkenal negara, Rita Rudaini. Bukan sahaja diminati ramai kerana watak yang dilakonkan selalu memberi kesan, malah beliau juga menjadi ikutan dan pemberi semangat kepada semua ibu tunggal yang senasib dirinya.
Walaupun masih terpalit dengan isu perceraiannya yang terdahulu, wanita ini bangkit dan dianugerahkan sebagai IBU IKON 2024/2025 oleh Kelab Wanita Ikon! Tahniah!
Baca juga: 10 Personaliti Anak Lahir Bulan September, Digelar ‘Perfectionist’ & Susah Jatuh Sakit
RITA RUDAINI TERIMA ANUGERAH IBU IKON 2024/2025
Dalam perkongsian terbaharu Rita, beliau memuat naik video dan gambar semasa sesi mengambil anugerah yang disambut dengan gemilang. Seronok melihat senyuman manis ibu kepada dua cahaya mata lelaki ini yang menguruskan semuanya secara sendiri.
“Terima kasih Ikon Malaysia…untuk Anugerah IBU IKON 2024/2025 sempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.
Tidak mudah…walaupun ada di antara kita berlainan latar belakang, tapi ujian dan rasa itu tetap sama…tapi percayalah, di setiap semua itu bukan lah ‘kesusahan’..tapi itu lah ujian untuk yang terpilih. Dan percayalah di sebalik ujian itu ada ‘hadiah’ manis yang ALLAH berikan iaitu ‘anak’. Jaga lah, sayangilah dan didiklah mereka kerana ALLAH.”
REZEKI ANAK-ANAK…
Untuk pengetahuan ramai, KELAB WANITA IKON MALAYSIA (KWIM) ditubuhkan pada 2hb September 2015 adalah sebuah badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organization) yang ditubuhkan oleh pemenang-pemenang serta finalis-finalis Anugerah Wanita Ikon Malaysia, bertujuan untuk pembangunan dan pemerkasaan wanita di seluruh Malaysia tidak kira agama, kaum, adat atau budaya, generasi atau latar belakang mereka.
Dengan pengiktirafan anugerah yang diberikan kepada Rita, gelaran itu secara tidak langsung dapat menjadi pembakar semangat buat golongan ibu tunggal agar tidak putus asa untuk meneruskan kehidupan. Tidak kurang itu, sememangnya peminat sangat memuji cara Rita mendidik anak-anak yang bukan sahaja bijak dalam bidang sukan dan akademik, tetapi turut berjaya dari segi rohani dan jasmani.
Anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, juga menghafaz al-Quran dan berjaya mendapat gred nilai purata 3.99 dalam peperiksaan semester Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Sungai Besar.
*Semoga kedua-dua anak Rita terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi mereka di samping dapat membahagiakan orang tua apabila dewasa nanti.
@ritrud727Tkasih Ikon Malaysia…untuk Anugerah IBU IKON 2024/2025 sempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025 🤍 @ikon.officials♬ original sound – ritrud727
Baca juga: Tersergam Indah Bak Istana, Ini 5 Rumah Pemimpin Malaysia Yang Mewah & Cantik!
Sumber: Tiktok @ritrud727