Bercakap mengenai pemimpin Malaysia, mereka bukan hanya menjadi tumpuan mengenai penglibatan dalam institusi kerajaan malah dari segi kemewahan juga. Sudah pastinya apabila menjadi orang penting dan berpengaruh, banyak aset mewah yang dimiliki terutamanya rumah kediaman.
Jadi, berdasarkan carian di laman internet Property Guru, berikut merupakan antara foto kediaman bagi setiap pemimpin yang disenaraikan di bawah. Cantik-cantik dan indah dipandang!
Baca juga: 5 Barangan Elektrik Ini Boleh ‘Beli Masa’ Dengan Wang, Tak Rugi Ada Di Rumah!
5 RUMAH PEMIMPIN MALAYSIA YANG MEWAH DAN INDAH DIPANDANG
1.Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir
Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir adalah anak ke-5 kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah dari tahun 2013-2015.
Apa yang menariknya dalam reka bentuk kediaman Dato’ Seri Utama Mukhriz ini adalah ruang kolam mandi yang besar dan sangat sesuai dijadikan lokasi majlis keraian. Kalau ada buat majlis pada waktu malam lagi cantik!
2.Lim Guan Eng
Lim Guan Eng pernah mengetuai kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri dari tahun 2008 hingga 2018. Beliau juga memiliki pengalaman sebagai Menteri Kewangan Malaysia dari 2018 hingga 2020, semasa pentadbiran di bawah Tun Mahathir.
Walaupun dikatakan membeli rumah mewah di bawah paras harga pasaran, namun ramai yang memuji kediaman di Georgetown ini kelihatan seperti dalam filem animasi Jepun.
3.Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dan Menteri Kewangan Malaysia sejak 2022. Bukan sahaja terkenal dengan wataknya yang tegas dan berkarisma, malah kediamannya juga menjadi tumpuan. Kediaman yang terletak di Bukit Segambut ini tersergam indah seperti berada di kawasan lereng bukit New Zealand. Tampak ‘classy’!
4.Tun Dr. Mahathir Mohamad
Individu yang sememangnya hebat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, atau Tun M dikenali atas kebijaksanaannya dalam pembangunan ekonomi dan pembaharuan sosial di Malaysia, serta peranannya yang penting dalam mendorong negara ke arah moden.
Beliau pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia untuk tempoh yang panjang, dari tahun 1981 hingga 2003 turut menjadi inspirasi ramai dalam reka bentuk rumah kerana kediamannya yang nampak mewah dan elegan. Mempunyai kawasan laman yang luas menjadikan rumah ‘old school’ ini diminati ramai.
5.Datuk Seri Najib Tun Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak yang terkenal dengan barangan mewah yang dimilikinya dan salah satunya adalah rumah beliau sendiri. Rumah banglo mewah milik beliau yang terletak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta sering menjadi tumpuan pihak media kerana mempunyai warna bumbung kuning seperti keemasan!
*Bila lah agaknya dapat duduk di rumah besar dan mewah macam ini? Merenung…
Baca juga: 10 Personaliti Anak Lahir Bulan September, Digelar ‘Perfectionist’ & Susah Jatuh Sakit
Sumber: Property Guru