Deko & Hias

5 Barangan Elektrik Ini Boleh ‘Beli Masa’ Dengan Wang, Tak Rugi Ada Di Rumah!

3
SHARES
contoh barangan elektrik

Setiap kali ada majlis perkahwinan saudara-mara dan rakan rapat, hadiah berupa perkakasan rumah sering menjadi pilihan seperti barangan elektrik. Contoh barangan elektrik yang sering dijadikan hadiah adalah, seterika, microwave dan periuk nasi supaya dapat memudahkan urusan di rumah.

Semakin berkembangnya teknologi, semakin banyak barangan elektrik yang canggih dapat dibeli tidak kira murah atau mahal. Inilah beberapa barangan yang dikatakan boleh ‘membeli masa’ dengan wang ringgit kerana dapat membantu urusan anda. Sekali dah cuba memang rasa tak rugi melabur!

Baca juga: Kipas Siling Tiba-Tiba ‘Slow’, Ini Cara Lajukan Berdesup Macam Kipas Helikopter!

CONTOH BARANGAN ELEKTRIK YANG BOLEH ‘BELI MASA’ DENGAN WANG

1. Iron steam

contoh barangan elektrik

Masa awal-awal berkahwin tahun 2019 kami duduk di apartment sewa. Owner ada sediakan iron biasa. Ada satu hari tudung kegemaran saya terbakar. Saya menangis sebab saya propose kepada suami untuk beli iron steam Philips, tapi kena reject sebab dia kata mahal sangat.

Harga masa tu RM 600. Saya dah lama tak guna iron biasa sebab mak saya pengguna iron steam sejak zaman saya sekolah. Selepas beberapa siri merajuk kami pun share duit beli iron philip. Alhamdulillah pakaian kami tak pernah terbakar sejak guna iron steam dan syukur model yang kami beli tak pernah ada masalah sampai sekarang. Kena rajin buat maintenance (decalc) je bila tiba masanya.

2. Robot Vacuum

contoh barangan elektrik

Kami berpindah ke rumah sendiri di Kuantan pada tahun 2021. Suami beli Vacuum robot. Sejak dari itu kami masih guna vacuum robot yang sama. Ada satu kali je tukar bateri. Kelebihan vacuum robot, menyenangkan kerja maintenance menyapu. Jadi tak perlu menyapu harian cuma sesekali kena buat deep cleaning rumah.

3. Dryer baju

Tahun lepas start beli dryer. Betapa bahagianya tak perlu fikir masa bila nak basuh baju, sebab nanti kena jemur bagai. Bila dah ada dryer, nak basuh baju 2-3 pagi pun no hal. Kami pilih option heat pump dual inverter, setakat ni memang jimat elektrik sebab kami tak mahu tambah komitmen kewangan. Sustainability tu penting. Walaupun per cycle lama, 1 cycle jatuh beberapa sen je. Bil elektrik kami tak naik sangat pun sejak ada dryer. Modal upfront agak keras juga dalam RM3-4k untuk heatpump tapi setakat ni pulang modal sebab dah guna beratus cycle. Ada hari guna 2-3 kali.

4. Dishwasher/Mesin pencuci pinggan

contoh barangan elektrik

Selepas itu kami beli dishwasher. Sebab duduk dua orang jadi beli Toshiba yang lower entry grade sahaja untuk penggunaan dua orang. Tablet dishwasher beli shopee RM60 dapat la 90 tablet. Average penggunaan 1 tablet sehari. Memang boleh basuh dengan tangan. Tapi saya jenis tak suka berlama-lama di dapur depan sinki dan berbasah-basah. Masa membasuh boleh pilih ikut mode.

Saya suka guna mode hygienic tapi dalam 2 jam juga. Bagi saya tak ada masalah, sebab masa dia membasuh kita boleh rehat, baca Quran, kemas lap dapur. Bila siap, pinggan mangkuk pun kering walaupun ada la kadang-kadang jenis makanan yang degil ada sisa yang tak hilang sepenuhnya (jarang berlaku), tapi boleh je basuh semula dengan usaha yang minima sahaja. Guna dishwasher tak naik banyak pun elektrik. Bil air pun sama sahaja malah lebih jimat sebab kita basuh sekaligus.

5. Thermomix

Konsep tinggal dan masak, dan sesiapa boleh hasilkan masakan yang sama kalau ikut resepi. Satu sebab saya baru terjebak dengan Thermomix sejak hamil kerana saya rasa saya ada konflik dengan makanan. Saya hilang selera makan dan berat turun. Tapi saya tak mahu makanan yang beli kat luar. Tapi saya tak selera juga makan makanan masak sendiri.

Kesimpulannya gajet-gajet yang bantu memudahkan urusan harian di rumah adalah satu pelaburan yang membahagiakan keluarga. Jangan rasa kedekut untuk melaburkan modal bagi membeli masa yang lebih. Kita kena berdamai dengan teknologi.

Masa itu lagi mahal dari wang ringgit sebab masa tak boleh dapat kembali. Duit itu boleh cari balik tapi pastikan buat mindful spending lah. Kami nak decide beli dryer apa pun berbulan survey, review penggunaan orang lain etc. Betulkan niat, insyaAllah perbelanjaan kita menjadi satu ibadah yang berpanjangan untuk memudahkan urusan keluarga ameen!

Baca juga: 7 Tanda AMARAN Kalau Termakan Racun Tikus, Rawatan Paling Cepat Guna Teknik INI

Sumber: Amni Azmi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×