Deko & Hias

Cara Pilih Jenis Lampu LED Yang Sesuai Dipasang Dalam Rumah, Cerah Elok!

11
SHARES
jenis lampu led

Pemasangan lampu yang sesuai dalam rumah terutama sekali buat anda yang masuk ke rumah baharu adalah sangat penting. Kalau dahulu orang akan hanya menggunakan lampu kalimantang biasa sahaja, namun kini ramai yang memilih jenis lampu LED.

Terdapat dalam pelbagai bentuk, kecerahan dan ketebalan, berikut merupakan beberapa jenis lampu LED yang anda kena ambil tahu untuk letak di dalam rumah. Tidaklah terlampau cerah atau terlampau gelap kan?

Baca juga: DIY Litter Box Najis Kucing Dengan Bajet Hanya RM10, Rumah Tak Bau Busuk!

JENIS LAMPU LED PASANG DALAM RUMAH, TAK CUCUK MATA CERAH!

Tapi nak cerita semua jenis pun tak guna juga kalau tak guna dekat rumah sendiri kan? So saya share sikit yang lampu kebiasaan digunakan di rumah. Hari ini fokus semua LED sahaja. Semua lampu ini datang dengan pelbagai bentuk / watt / ketebalan.. ikut selera masing-masing menghias rumah.

1) Downlight

jenis lampu led

jenis lampu led

Ada 2 jenis :

-Ceiling type – Pasang di permukaan siling dan kena tebuk siling jadi bila siap pasang nampak macam rata dengan permukaan siling.

-Surface type – Untuk yang tak ada siling terus tebuk ikat di slab (orang panggil tin milo) ada banyak ketebalan.

2) Eyeball (saya panggil)

Ini la lampu yang guna pada track light dan datang dalam 2 jenis iaitu MR16 dan GU10. Personally saya suka type GU10 sebab lebih tahan lama.

3) Vintage led bulb / industrial led

Secara peribadi, lampu ini untuk hiasan ya bukan menerangi sangat tempat. Cantik untuk hiasan. Datang dari banyak design dan cantik dan nampak filament bulb.

4) LED tube

Ada dua jenis : T5 dan T8

Saya cuma guna T5 untuk pasang dekat longkang plaster siling rumah sebab T5 ni boleh sambung panjang-panjang dekat hujung dia macam connector senang. T8 ni secara asasnya pengganti lampu fluorescent (kalimantang) tukar la dekat rumah tu boleh jimat elektrik.

1) Warm white (2700-3000K) – memang kuning ni selalu eyeball memang colour ini.

2) Natural white (4000-4500K) – tak kuning dan putih sangat ni sesuai klau tandas nak pasang.

3) Cool white (6000-6500K) – putih ni selalu la orang pakaikan di mana-mana.

*Selamat memilih!

Baca juga: Baju Yang Dibasuh Jadi Tak Wangi Selepas Kering, Cuba Tips Ini Terutama Sekali Nombor 5!

Sumber: Izzat Hafiy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×